Nuffnang

TUN M PERTAHANKAN NAJIB?



Keputusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan mendapat sokongan kuat daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun tidak disenangi oleh Amerika Syarikat.

Berikutan itu, Tun Dr Mahathir mengecam tindakan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang mengkritik keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan berhubung perbicaraan kes tuduhan liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menulis di blognya pada Isnin, Tun Mahathir meminta Biden cermin diri dengan melihat tindakan dan kes di Amerika Syarikat sebelum mengkritik keputusan kerajaan berhubung perkara tersebut.


Beliau mempersoalkan apakah hak Biden untuk berbuat demikian sebagai seorang pemimpin dengan jawatan Naib Presiden di sebuah negara yang didakwanya melakukan pelbagai tindakan di luar batasan kemanusiaan.


Biden menerusi akaun Twitternya baru-baru ini mempertikaikan keputusan kerajaan mengekalkan penguatkuasaan Akta Hasutan dan keputusan mahkamah berhubung kes rayuan pertuduhan liwat ke atas Anwar.


Dr Mahatjir memberikan contoh kejadian terbaru yang menyebabkan rusuhan kaum di Amerika Syarikat susulan pembunuhan pembunuhan lelaki berkulit hitam tidak bersenjata di New York.


“Dengan bongkak seorang pegawai Amerika Syarikit berkulit putih berkata mangsa telah dibunuh kerana mereka menentang penangkapan. Saya melihat gambar seorang orang berkulit hitam angkat kedua-dua tangannya.  Adakah itu bagaimana rakyat Amerika menentang penangkapan.


“Remaja hitam tidak mempunyai senjata tetapi telah ditembak mati. Seorang budak lelaki berumur 12 tahun mempunyai pistol mainan. Beliau juga telah ditembak mati,” kata Dr Mahathir.


Dr Mahathir turut mengrkitik Biden sebagai naib presiden di sebuah negara yang antaranya menahan orang tanpa perbicaraan untuk lebih daripada satu dekad, mendera mereka semasa dalam tahanan dan membunuh berjuta-juta orang yang tidak bersalah.


“Apa hak yang Biden ada untuk mengkritik pengekalan undang-undang yang akan mengelakkan konflik perkauman dan keganasan di Malaysia.


“Dan Amerika berani mendakwa mereka melindungi demokrasi. Apa demokrasi yang ada bagi mereka yang tidak bersalah namun dibunuh, cedera atau cacat seumur hidup,” katanya.


Dr. Mahathir turut mempersoalkan Amerika Syarikat yang berani membuat dakwaan bahawa pelbagai tindakan diambil oleh negara tersebut kononnya adalah untuk melindungi demokrasi.


‘’Apakah demokrasi jika ada orang tidak bersalah terbunuh, cedera dan cacat seumur hidup? Di mana sahaja Amerika Syarikat pergi, akan terdapat kematian dan kemusnahan,’’ kata beliau.

-9/12/2014 Agenda Daily
Share this article

1 Komen:

  1. hahaha..satu dunia tahu Tun berprinsip tidak pernah menyebelahi Amerika dari dahulu hingga kini..Al gore yg pernah datang Malaysia sebagai org no.2 Amerika ketika itu..kluar dewan bila Tun berucap..Tapi Ah Jib Gor bentang karpet merah dn menatang Obama bagai minyak yg penuh..sampai berselfie..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top