Nuffnang

FAM DIGODAM!!!! Penyokong Vietnam Balas Dendam?



Astro Awani melaporkan.. Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang tidak mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, hanya muka depan laman FAM yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.


Godaman berlaku susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF malam tadi (Ahad) yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam.


Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "


Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.


Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.


Buat masa ini laman web FAM ditutup sementara waktu untuk penyelenggaraan.


Ini bukan kali pertama laman web persatuan itu digodam.


Insiden sama pernah berlaku pada 2011 dan 2012 atas beberapa isu termasuk harga tiket perlawanan akhir yang mahal.


Haa kan.... dah tak seronok jadinya apatah lagu menakutkan penyokong-penyokong kita yang berada di Vietnam. Terbantut semua hasrat peminat. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. BODOH + BANGANG!!!
Share this article

1 Komen:

  1. tangkap je si baghal yg nak tunjuk kejantanan tu hantar kat vietnam...kita tengok kehebatan dorang kat vietnam pulak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top