Nuffnang

MAJUNYA SINGAPURA!! : Sanggup Separuh Bogelll Demi Pakaian Percuma!! (GAMBAR)




Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.


Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.

“Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga,” kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun.



Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual’s Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun.

Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan. – Agensi


P/s : Harap-harap janganlah pula pasaraya-pasaraya terkemuka di negara kita mengambil pendekatan yang sama/
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top