Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BANGANG!!! Orang Suruh Belajar, Korang Nak Occupy!!!



Polis dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya bertindak ke atas kumpulan pelajar "Occupy UM" yang berkhemah di pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) semalam bagi membantah keputusan pentadbiran menghukum pemimpin pelajar.

Sebuah Portal berita melaporkan kira-kira 30 pegawai badan penguatkuasa terbabit mengarahkan pelajar merobohkan khemah.

Menurut laporan itu, pegawai terlibat tiba pada pukul 3 petang dengan dua trak polis dan satu trak DBKL bagi membersihkan kawasan tempat pelajar mendirikan khemah sejak kelmarin.


Kumpulan "Occupy UM" dilancarkan mahasiswa universiti, sebagai tekanan kepada pihak pengurusan universiti yang menghukum tujuh pemimpin pelajar kerana menganjurkan forum melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Lima daripada mereka dikenakan denda RM150 setiap seorang manakala dua orang – bekas pemimpin persatuan mahasiswa Fahmi Zainol dan Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin menerima hukuman paling berat iaitu digantung dua semester dan denda RM600, serta satu semester penggantungan dan denda RM300.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dilaporkan mahu turut serta berkhemah dengan pelajar terbabit pada Ahad ini bermula 11 malam dan menyeru pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyertainya sebagai tanda solidariti dengan pelajar mendesak UM sehingga hukuman itu digugurkan.

SUMBER

Dalam perkembangan lain, pelajar Universiti Malaya (UM) Fahmi Zainol mempersoalkan tindakan pihak universiti yang menggantung pelajarannya selama dua semester ekoran penganjuran pidato Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim di kampus.

Fahmi yang juga didenda RM600 oleh UM berkata, beliau walaubagaimanapun berterima kasih kepada pihak universiti kerana masih mengekalkan status mahasiswa UM.

"Pernahkah pihak Naib Canselor dan universiti, menteri sekali pun, memikirkan bagaimana perasaan ibu dan ayah saya? Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi saya bakal bergraduasi.

"Pernahkah mereka terfikir betapa gembiranya ibu dan ayah saya sekiranya dapat melihat anaknya memegang segulung ijazah dalam beberapa bulan sahaja lagi?" katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.



Fahmi mempersoalkan hukuman itu, dan bertanya samada pentadbiran UM mengambil kira kesusahan beliau belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya.

"Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," tulisnya dalam kiriman Facebook.

Beliau mengakui menjangkakan hukuman itu, tetapi menyoal sama ada menjadi satu kesalahan sekiranya beliau ingin memperbetulkan keadaan.

"Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul.

"Tetapi, perbuatan saya hanya semata-mata membetulkan apa yang tidak betul," katanya.

UM semalam melalui prosiding tatatertib memutuskan menggantung pengajian dan mendenda Fahmi dan Safwan kerana penglibatan dalam program "40 Tahun Dari UM ke Penjara".
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top