Nuffnang

Guan Eng Persenda ISLAM!!! Mana PAS? Mana Haron Din? Mana Nik Aziz?



Apa dah jadi dengan Tarbiah PAS kepada sekutu-sekutunya? Seburuk-buruk kerajaan tidak pula dipersendakan Agama sepertimana Khalipaq Tokong Guan Eng Ni!!!

Bukan Islam boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ di Penang kerana enakmen undang-undang Islam hanya boleh dikuatkuasakan ke atas masyarakat muslim kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


Beliau berkata Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004, Pulau Pinang tidak terpakai kepada bukan Islam.


“Orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Islam,” kata Lim pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.


“Enakmen tersebut hanya dikenakan kepada orang Islam, dan tidak kepada bukan Islam. Jadi isu ini tidak timbul, “kata beliau lagi.


“Kami tidak pernah meluluskan mana-mana undang-undang yang membenarkan Enakmen tersebut dikuatkuasakan kepada orang bukan Islam,” kata Lim yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.


“Mengapa mereka meminta kami untuk meminda undang-undang apabila tiada undang-undang (yang memerlukan) untuk dipinda?” soalnya pula.


Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 48 (3) dan (4), Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 sebanyak 40 perkataan termasuk Allah, Solat, Ulama, Soleh, Mufti, Iman, Surau dan Nabi, telah ditetapkan sebagai eksklusif untuk orang Islam oleh Mufti Pulau Pinang yang dikuatkuasakan pada tahun 2010.


“Isu Allah tidak timbul di sini di Pulau Pinang kerana orang-orang di Pulau Pinang menunaikan solat mereka kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, Cina atau Tamil,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top