Nuffnang

PANASSS!!! Jenazah Anggota Malbatt Diberi Layanan Kelas Kedua? Ini Penjelasan!!! (GAMBAR)



Ini adalah penjelasan Pihak ATM Berkenaan Gambar Viral Jenazah Tiada Penghormatan Khas. Betullah dunia kita memang dah nak sampai ke penghujungnya. Dari satu gambar pelbagai implikasi boleh dicetuskan lebih-lebih lagi bagi mereka yang malas mengkaji lebih lanjut sebaliknya terus sahaja komen dan kongsi.


Inilah yang terjadi semalam apabila page-page di Malaysia meng viralkan gambar (seperti di atas) menyebabkan kita boleh membaca pelbagai komen yang menghentam kerajaan terutamanya pihak ATM.

Jadi admin rasa terpanggil untuk kongsikan apa sebenarnya yang pihak ATM telah buat terhadap jeanazah wira negara ini. Boleh kita lihat di FB MyJointforce. Admin juga kongsikan beberapa gambar dari upacara penghormatan terakhir yang telah dibuat di Lubnan.



Dan penjelasan admin Myjointforce kepada salah satu page yang mengviralkan gambar tersebut.

TIADA DOUBLE STANDARD DALAM ISITIADAT PENGHORMATAN TERAKHIR

Satu foto yang menunjukkan jenazah Allahyarham Kpl Azman Bin Che Mat Soh yang tersebar di media whatsapp, dan kemudian disebarkan melalui facebook kini menjadi satu polemik.

Foto tersebut menunjukkan jenazah diletakkan diatas pallet dan dengan balutan plastic wrapper dengan caption "macam bungkus beras".

Saya sangat terkilan...kerana buah mulut manusia mengatakan ATM dan kerajaan pemerintah hari ini mengamalkan double standard dalam pengurusan jenazah Allahyarham.

Apakah kisah sebenar dari foto tersebut?
Allahyarham tewas di Lubnan ketika bertugas sebagai anggota Combat Rescue Team dan merupakan sebahagian dari kumpulan MalBatt yang bernaung dibawah panji PBB untuk tugasan keamanan di Lubnan.

Beliau dilaporkan mengalami serangan jantung yang kemudian membawanya menjemput Illahi.

Isitiadat penghormatan beliau telah dilaksanakan di Lubnan, dihadiri pasukan-pasukan pengaman sahabat yang turut ditugaskan disana. Penghormatan yg diberikan adalah penghormatan terakhir ketenteraan yang biasa dilaksanakan apabila anggota atau pegawai tewas ketika bertugas.

Pengurusan jenazah dibuat dengan baik sekali, yang mana beliau diterbangkan dari Lubnan ke Kuala Lumpur dan kemudian dibawa ke kampung halamannya untuk disemadikan.

Di KL, jenazah Allahyarham diterima dengan istiadat dan kehormatan militer yang sama. Tiada beza. Jenazah diarak dari pesawat ke kereta jenazah, dan sekali lagi di kampung halamannya dimana Allahyarham disemadikan dengan istiadat kententeraan yang gemilang.

Persoalannya, mengapakah tiada pun pihak media alternatif mewar-warkan istiadat tersebut. Mengapa sehingga artikel ini ditulis, hanya 12 share direkodkan di laman MyJointForce....sedangkan foto dan posting tanpa usul periksa mendapat capaian sehingga ribuan share?

Pihak kami sentiasa memantau, dan mewar-warkan peristiwa berkaitan pasukan keselamatan. Dan amat dukacita melihat lebih ramai masyarakat umum mempercayai kisah separuh masak, tanpa membuat usul periksa dan lantas menimbulkan fitnah.

PALING JELIK, apabila dikatakan perwira negara diberikan layanan double standard berbanding masyarakat awam yang menjadi mangsa insiden MH17.....kebangsatan apakah ini...adakah masyarakat kita terlalu bodoh sehingga tidak dapat mendapatkan analogi mudah...atau mencari maklumat sahih?

Bagaimana dikatakan layanan kelas kedua diberikan sedangkan istiadat penghormatan akhir dengan cara ketenteraan diberikan sepenuhnya?

Foto sudah dikeluarkan secara rasmi...malah tersiar meluas dimedia arus perdana....
saya benar-benar terkilan melihat laman yang disertakan oleh sahabat admin saya, komentar-komentar berbaur fitnah, komentar-komentar separuh cerdik yang mana memberikan indikasi yang masyarakat kita semakin bodoh barangkali?

Namun satu perkara yang perlu saya nyatakan, dalam maklumat salah yang tersebar masih ada sejumlah manusia yang tahu kebenaran dan kesalahan, dan saya benar-benar tabik pada sekelompok masyarakat yang memberikan pencerahan berkenaan isu yang kami nyatakan. Amat ramai wira tidak didendang yang melontarkan kritikan keras atas siaran maklumat separuh rebus, dimana foto-foto istiadat yang berlangsung mula tersebar dan dikongsi seluruhnya...

Salutation kepada masyarakat awam tersebut...

dan kepada mereka-mereka yang menjadi zomba otak separuh yang tanpa usul periksa maklumat yang disebarkan....berhenti..tarik nafas dan fikir dahulu adakah maklumat yang disiarkan benar.....sebelum menekan butang share itu...kerana secara tidak langsung hari ini sejumlah 1715 orang menjadi pemfitnah kepada Allahyarham...sia-sia dapat dosa kering kan.

Kepada pengurus page tersebut, kata dua telah diberikan dan tanggungjawab sebagai admin memerlukan kita bertanggungjawab dalam menyiarkan satu2 perkara, mengenal pasti kesahihah dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih...

Kepada keluarga,sahabat handai dan warga kerja pasukan GGK seluruhnya yang mengenali,bertugas dan bersama-sama Allahyarham semasa hidup dan sihatnya beliau, kami mengucapkan takziah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang soleh dan mendapat syahid yang dijanjikan...

Kepada seluruh masyarakat umum, fikir sejenak sebelum menyebarkan satu-satu siaran yang tidak diketahui kesahihannya...fikir sebelum bertindak dan jangan jadi buta kayu umpama solat rakaat ketiga tapi sangka rakaat keempat...

Saya sudahi dengan Al-Fatihah sebagai tanda menghormati Allahyarham.







- SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Al-Fatihah! Semoga rohnya dicucuri rahmat yg tiada habisnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang Soleh.. Perwira Negara Jasamu akakn dikenang sampai bila2!!

    BalasPadam
  2. Diorang tu memang pendengki. Sudah tentu mereka nak memperlekehkan ATM sebab ATM ni 99% terdiri dari Bangsa Melayu dan Bumiputera.
    Rakyat dah tahu isi hati puak2 pendengki2 cina bukit dan pariah2....

    Kami tetap sokong ATM!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top