Nuffnang

HOTTT!!! PKR BERANTAKAN, ADA LAGI YANG AKAN DIPECAT!!!



Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin.


Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah tiga Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut.

"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut.


Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Lima Adun itu ialah Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar (PKR), Adun Batu Caves Amiruddin Shari (PKR), Adun Sri Muda Suhaimi Shafie (PKR), Adun Bukit Gasing R Rajiv (DAP) dan Adun Kinrara Ng Sze Han (DAP).

Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka menandatangani surat akuan bersumpah pada 11 September, menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah yang diberikan semasa kemelut menteri besar Selangor.PKR sebelum ini menggantung keahlian Badrul‎ kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.

Menerusi surat akuan bersumpah berkenaan, kelima-lima Adun itu menarik balik sokongan yang diberikan kepada Dr Wan Azizah pada 14 Ogos lalu kerana ia dibuat atas dasar paksaan oleh pemimpin atasan PKR.

“Saya juga mengesahkan saya akan mengikut atau mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil atau diturut perintah oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor,” menurut salinan surat akuan bersumpah lima Adun berkenaan yang diedarkan kepada media.

Badrul berkata, satu surat memohon penjelasan mengenai perkara itu juga dihantar kepada presiden parti, lembaga disiplin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.“Jika surat akuan ini sah benar, maka semua yang terlibat harus diambil tindakan disiplin. Satu laporan polis juga akan dibuat bagi mendapat pengesahan keaslian surat-surat ini.

“Perkara ini serius kerana, kerakusan dan ketamakan pihak-pihak inilah, negara khususnya Selangor, ditarik kepada satu konflik politik yang merugikan dan ia melibatkan terjejasnya kesejahteraan awam,” katanya.

Sementara itu, mengenai tindakan Sultan Selangor menarik balik gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar, beliau mendakwa keputusan itu hasil perbuatan Azmin yang melobi dirinya sendiri, bukan kerana apa yang berlaku semasa kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini.

Katanya, Azmin sendiri berada dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang ketika itu memutuskan gelaran itu ditarik balik pada November.“Siapa pegawai tinggi yang ada dalam itu? Duduk sebelah Sultan dalam mesyuarat ialah Azmin, selaku menteri besar. 

Maknanya, Azmin setuju kempat-empat alasan yang merumuskan Anwar penderhaka. Azmin setuju gelaran 'Datuk Seri' ditarik. “Maknanya, Azmin dah tahu sejak November. Dia berselindung, yang akhirnya dia kata, ini semua kehendak istana,” katanya. 

Badrul berkata apa yang lebih membimbangkan ialah pihak istana selepas ini akan diheret bagi memastikan Anwar tidak berfungsi lagi di negeri itu.

Katanya, Anwar dan Dr Wan Azizah diminta peka akan situasi itu serta bertindak bagi menamatkan ketamakan politik pihak tertentu.“Kita nak beritahu hari ini, akan ada gerakan semua akan menyalahkan istana. Istana suruh Anwar tak berperanan di Selangor, istana suruh itu, dan ini.

“Ini mengingatkan (kepada) bapa angkatnya, (Tun Dr) Mahathir Mohamad, yang menggunakan alasan seperti ini untuk naik mendaki tangga politik, menindas dan memijak musuh politik, baik dalam dan luar parti," katanya.

Badrul mengingatkan Anwar dan Dr Wan Azizah, mereka diibaratkan ibu bapa gerakan reformasi. "Kekuatan kamu ialah iltizam dan perjuangan kamu. 

Kamu sedang dihimpit kiri dan kanan,” katanya.Pada 4 Disember, Istana Selangor mengumumkan, darjah kebesaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan kepada Anwar oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 1992 ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

Istana Selangor menyatakan, keputusan itu berikutan Anwar "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sultan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.~malaysian insider
Share this article

1 Komen:

  1. Demokrasi ala nuar ler tu..main paksa-paksa..sama mcm saiful al...kene paksa....alih2 dah sedap..kantoi x nak mengaku...demokrasi ala kepala hotak nuar berahim.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top