Nuffnang

Keputeraan Sultan Selangor : Sian Sama "Ais Mint" Azmin



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak tersenarai sebagai penerima anugerah pingat darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran "Datuk Seri", kata sumber, sekali gus melenyapkan spekulasi sebelum ini gelaran itu akan mengeruhkan lagi hubungan PKR dengan istana, jika timbalan presiden parti itu menerimanya.


Sumber kerajaan Selangor memberitahu The Malaysian Insider, sebaliknya, dua peimpin PAS Selangor yang memegang jawatan eksekutif negeri, Iskandar Abdul Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) berada dalam senarai penerima pingat yang membawa kepada gelaran 'Datuk' sempena Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Dua pemimpin PAS itu memegang jawatan sebagai exco negeri selama dua penggal sejak kepimpinan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selain mempunyai jawatan tertinggi parti peringkat negeri.

Sebelum ini heboh di media sosial mengatakan Azmin bakal menerima gelaran 'Datuk Seri' pada hari keputeraan Sultan Selangor esok, tidak berapa lama selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan gelaran yang sama kerana dikatakan sering mempertikaikan integriti institusi diraja.

Disebabkan itu, wujud desakan yang menggesa Azmin menolak pemberian itu kerana jika menerimanya, ia akan menjatuhkan maruah Anwar dan PKR.

Pada masa sama, pemerhati menjangkakan jika menolak gelaran, ianya akan mendatangkan murka dan mengeruhkan hubungan Azmin dengan istana.

Selain itu, lantikan Azmin sebagai menteri besar Selangor adalah berdasarkan pilihan Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa PR membentuk kerajaan di Perak pada tahun 2008, Mohammad Nizar Jamaluddin dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, sebulan selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pada 17 Mac.

Begitu juga dengan bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun sama selepas PR menawan Kedah pada 2008.

Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditawarkan anugerah 'Datuk Seri' akan tetapi menolaknya atas dasar prinsip DAP yang tidak mahu membawa sebarang gelaran semasa masih lagi berkhidmat dan memegang jawatan kerajaan pusat atau negeri.

Dr Wan Azizah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pagi tadi ketika diminta mengulas spekulasi itu berkata, PKR bersikap terbuka jika Azmin menerimanya kerana pemberian anugerah merupakan hak mutlak Sultan Selangor.

"Parti tidak ada protes dalam hal itu sebab itu kuasa sultan. Pada saya itu tidak akan jejas polisi dan beri kesan kepada rakyat," katanya.

Azmin kebelakangan ini dilihat mengelak memberi sebarang komen mengenai isu ini malah tidak mahu mengulas lanjut tentang pelucutan gelaran Anwar.

"Tidak mahu komen. Terima kasih," katanya setiap kali wartawan mengajukan soalan sama.

Ianya menyebabkan bekas timbalan presiden PKR yang juga ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali dalam Twitter membidas Azmin kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu mempertahankan Anwar.

"Dulu bila ditanya tentang gelaran datuksri ditarik balik daripda anwar, azmin kata no comment. Skarang, dtanya lagi, dia kata terlalu sibuk. Tak kena!"

Azmin kemudian dilihat membalas Twitter Syed Husin dan berkata: "@syedhusinali kalau nak ikut selera you, semua tak kena!".

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam dilaporkan berkata, seramai 27 penerima daripada 680 pencalonan sahaja terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran sempena hari keputeraan ke-69 Sultan Selangor.

Daripada jumlah itu, dua individu menerima darjah dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan seorang menerima Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.


Selain itu, 24 orang menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS), kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi perempuan, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu, menandakan berakhirnya kemelut jawatan itu yang berterusan sejak Januari lalu selepas PKR mendesak Khalid meletakkan jawatan. 

– tmi
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top