Nuffnang

Tahniah PAS!!! Gambar2 Dyana Sofea Membuktikan Anda GAGAL!!



Beberapa keping gambar Dyana Sofya yang agak ‘daring’ diambil dari sudut depan sedang berlegar-legar di laman sosial Facebook.

Dalam foto berkenaan, Dyana hanya mengenakan uniform putih rasmi DAP dengan skirt pendek paras paha sahaja.


Isu pemakaian skirt pendek oleh bekas calon Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Daud ini mula menjadi perbualan hangat di media sosial. Ada diantara yang mempersoalkan pemakaian itu adalah orang-orang PAS yang sepatutnya mempertahankan Dyana Sofya kerana sama-sama berkomponen dalam Pakatan Rakyat.

Kalau ikut pemahaman dan pemerhatian, selama hari ini tidak pernah keadaan sedemikian berlaku kerana DAP adalah parti yang bukan berasaskan Islam dan dengan itu ahli-ahlinya tidak tertakluk kepada hukum Islam, tak macam PAS, UMNO dan sebagainya.


Jadi pelik kenapa perkara ini jadi isu kerana semua orang tahu Islamisasi adalah ditolak sama sekali dalam DAP. Parti itu berjuang untuk semua lapisan rakyat Malaysia, bukan orang Islam sahaja dan maka itu, pemakaian skirt pendek oleh Dyana Sofya ini tidak sepatutnya menjadi masalah.

Apa pun, macam manalah orang nak yakin dengan PAS bahawa mereka mampu untuk membawa bukan Islam dalam DAP dan PKR mengikut ajaran atau peraturan Islam sedangkan Dyana Sofea pun mereka tak mampu untuk ditarbiahkan!!!

Dan hari ini pula, PKR secara terbuka mendesak PAS supaya menangguhkan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan, sebaliknya memberi fokus kepada permasalahan rakyat yang lebih “mendesak”.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pembangkang harus lebih bertumpu kepada isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup dan rasuah dan bukannya hudud.



“Saya sedia maklum perbezaan pendapat di dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan,” kata Rafizi.

“Saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang mendesak terlebih dahulu,” tambah beliau dalam satu kenyataan.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat kembali kepada “perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat bersabit isu-isu yang mendesak” yang disenaraikan beliau.

Beliau mendakwa tumpuan kepada isu-isu berkenaan adalah strategi paling berkesan untuk menumpaskan Umno-Barisan Nasional.

Rafizi berkata PKR dan DAP akan mengkaji draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Kelantan sebelum sebarang komentar lanjut dibuat.

Beliau menggesa pemimpin PKR untuk berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai polemik hudud supaya “tidak mengeruhkan lagi keadaan”.

Sebarang keputusan dan pendapat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat, tambah Rafizi.

Polimik keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS mahu melaksanakan hudud di negeri itu kembali panas apabila DAP menuntut PAS membatalkan hasrat itu sama sekali.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan perjuangan hudud yang didokong PAS akan merugikan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke 14.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat menyokong Guan Eng apabila menyifatkan hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan sebagai “bermasalah.”

Semalam, ahli jawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Lateefa Koyah membidas PAS kerana nekad mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Pucuk pimpinan PAS di pusat dan Kelantan bagaimanapun menegaskan kerajaan negeri tidak akan tersasar daripada melaksanakan undang-undang hudud itu secepat mungkin.

PAS OH PAS.........
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top