Nuffnang

PRO PEMBANGKANG : Penjawat Awam Harus Dipecat!!



Anda setuju dengan cadangan ini? Adakah ini tindakan terbaik bagi penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan yang memerintah? 

Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.

Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.

“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.

“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top