Nuffnang

HOTTT!!!! Pelakon Janda Popular Ditangkap Khalwat!!!!



Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya.

Nama pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dikaitkan dengan berita ‘Aktres Janda Anak Tiga Ditangkap Khalwat’ seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.


Menurut individu yang mahu namanya dirahsiakan, Putri Mardiana telah ditangkap bersama pasangannya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman aktres tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.


Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top