Nuffnang

KALIMAH ALLAH : Anwar Sokong Tokong Guan Eng!!!



Astaghfirullah al azim......

"Beliau betul, terdapat bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong keputusan yang beliau ambil," kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri,” katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Lim Guan Eng bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah memang betul, sambil menambah beliau yakin setiausaha agung DAP itu tidak berniat untuk tidak menghormati Islam.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Lim tidak ada larangan atas orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada menggunakan beberapa frasa Arab, Anwar berkata ia adalah "satu isu undang-undang".

Tetapi beliau menggesa pihak berkuasa untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan isu ini, dan bukannya mengambil tindakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang.

"Adakan perbincangan dan wacana, itu saja. Maksud saya, saya tidak mahu mengutuk keputusan mereka atau perlu menegur kita kerana mengulangi apa yang dikatakan ulama.

"Sebagai contoh, saya bertanya Sheikh Qardawi mengenai penggunaan Allah dan saya sampaikannya kepada Guan Eng," kata Anwar, merujuk kepada ulama Islam terkenal Yusuf Al Qardawi.

Polis Pulau Pinang memulakan siasatan ke atas Lim bagi kenyataaan itu, selepas laporan polis dibuat terhadapnya pada Sabtu oleh Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam. 

– 15 Disember, 2014.


Untuk rekod, Al-Fadhil Dr Haron Din telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu di atas yang sama sekali tidak membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan oleh bukan islam / kafir.

Dengar dan lihat sendiri apa yang Haron Din perkatakan tentang isu kalimah Allah ini.



PAS nak buat ape ye? Tengok dan jadi pak turut aje walau agama dipermain-mainkan oleh sekutu mereka?

Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top