Nuffnang

ISU TERPILIH? DEWAN ULAMA PAS UMUM TIDAK BERSAMA DAP LAGI!!!!



Admin semakin keliru dengan PAS ni. Dalam situasi mereka tidur sebantal dengan rakan-rakan PR mereka, masih lagi mampu menikmati mimpi yang lain. Dewan Ulama PAS mengumumkan mereka tidak bersama dengan PKR dan DAP lagi dalam isu kalimah Allah di Pulau Pinang.

Pemangku Timbalan Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata mereka tidak akan bersama dengan PKR dan DAP yang membolehkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam di Pulau Pinang.

Menurutnya, Ulama PAS tetap sehingga bila-bila menyokong keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinyatakan dua tahun lalu bahawa kalimah Allah kekal untuk umat Islam sahaja.
“Kalimah Allah adalah berkaitan dengan hukum Islam, bermakna kita tidak boleh berkompromi. Jika Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih mempertahankan kenyataan mereka, berkemungkinan besar Presiden PAS akan menasihati kedua-duanya bagi mengelakkan kekeliruan ini.
“Tetapi Pas tetap dengan pendirian dan konsisten sejak dari dahulu, Dalam hal ini kami tidak akan berada di belakang mereka yang tidak mempertahankan hukum Islam. Itu sudah jelas dan pasti,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia Rabu.
Anwar pada Selasa mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mahu membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri tersebut.
Dalam pada itu, Guan Eng yang bertegas menyatakan penguatkuasaan penggunaan kalimah Allah di negeri Pulau Pinang hanya sah kepada orang Islam semalam masih tetap dengan pendirian enakmen tersebut hanya dikhususkan kepada orang Islam dan tidak terpakai terhadap bukan Islam.
Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, Majlis Syura Ulama dan di peringkat Pas Pusat sebelum ini juga sepakat dan menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah tetapi perlu digunakan secara tertutup iaitu dalam kalangan mereka sahaja.
Contohnya, kata beliau, mereka boleh menggunakan kalimah suci itu di dalam gereja, jika untuk kegunaan di dalam Bible, tidak boleh disebarkan kepada umum yang merangkumi orang Islam.
“Langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan. Kita semua umat Islam sedia maklum, malah perkara ini hangat dibincangkan dalam negara secara umum iaitu kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa lain kerana terikat dengan ilmu Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
“Jika kita membenarkan agama Kristian menggunakan kalimah Allah itu secara umum, maksudnya akan berbeza, Ini kerana pemahaman mereka tentang Tuhan itu adalah God yang mempunyai ibu dan anak lelaki, sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya. – AgendaDaily
Share this article

1 Komen:

  1. Ramai orang Keristian dan bukan Keristian tidak perasan bahawa di dalam kitab Holy Bible King James version tuhan biblical gereja mereka di dalam kitab itu tidak ada nama. Tuhan biblical mereka hanya di sebut sebagai Father, Lord atau God sahaja dan semua orang tahu bahawa perkataan ini cuma ganti nama sahaja. Sebenarnya tidak semua umat Islam Malaysia tahu bahawa semua penganut Keristian sangat yakin dan percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Jika anda seorang yang mengaku Islam dan ingin mengesahkan perkara ini sila rujuk dengan mana-mana paderi gereja Keristian di dalam atau pun di luar Negara.

    Apabila kita bersetuju degan kehendak pihak gereja atau Guan Eng untuk menggunakan nama Allah bagi kitab Bible Melayu versi modified mereka maka berlakulah perbuatan syirik terhadap kalimah suci itu. Tidak kah persetujuan itu akan memberi maksud bahawa ALLAH kini ada anak sama seperti haiwan dan manusia? Apa kah kita bersetuju kerana untuk mengambil hati Guan Eng dan Kit Siang yang bakal menjadi bangkai busuk suatu masa nanti? Kalau mereka berkira bahawa ALLAH pasti akan bersetuju dengan kehendak mereka maka cuba perhatikan apa AMARAN yang Pencipta telah NYATAKAN semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi.

    88 "Dan mereka berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
    89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
    90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
    dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
    91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
    92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

    Surah Mariam ayat 88-92.

    Cuba fikir-fikirkan mengapa Guan Eng beria-ia benar untuk menggunakan kalimah ALLAH itu sedangkan ALLAH sendiri pun murka. Sekiranya mereka memberi dalih bahawa ini ALLAH lain bukan ALLAH yang sama yang orang Islam sembah, Tanya mereka apakah mereka buat “ugama” baru atau buat experiment? Pernah kah atau bolih kah ugama experiment menjadi ajaran yang betul? Sedang di dalam Kitab Holy Bible King James version terdapat larangan terhadap mana-mana individu yang cuba untuk menukar sebarang ayat atau perkataan didalam nya. Sila lihat rujukan di bawah ini:
    Deutronomy 4:2.
    Ye shall not add unto the word which I command you, neither shall ye diminish aught from it, that ye may keep the commandments of the Lord your God which I command you
    OR
    "...Every word of God is flawless; he is a shield to those who take refuge in him.
    Do not add to his words, or he will rebuke you and prove you a LIAR. " ................. Revelation 22:18.
    OR
    Don't add to his words, or he will rebuke you, and you will be shown to be a LIAR…….Proverbs 30:5

    Sedangkan Holy Bible King James version sudah lebih 300 tahun lebih awal dan kitab versi Melayu yang berasal dari Indonesia pun tidak samai 50 tahun penggunaan nya di Sabah dan di Sarawak. Sudah jelas lah bahawa umat Keristian SABAH dan SARAWAK sudah tertipu sekian lama oih paderi-paderi gereja mereka yang jelas sudah engkar dengan larangan dari kitab suci mereka sendiri. Mereka ini patut bertanya dengan paderi gereja masing-masing di Semenanjung Malaysia juga di SABAH dan SARAWAK, mengapa tidak terdapat kalimah ALLAH di dalam HOLY BIBLE KING JAMES VERSION? Sebab sudah jelas bahawa mereka ini adalah memang golongan PENIPU apabila menurut ayat Deutronomy 4:2. atau Revelation 22:18. atau Proverbs 30:5 kitab HOLY BIBLE KING JAMES VERSION dan sampai bila para pengikut Keristian ini mahu hidup tertipu sepanjang hayat mereka?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top