Nuffnang

PANASSS!!! Artis Dan Isteri Ditahan Kerana Ajaran Sesat!!!



SEDIH bercampur kecewa apabila mendengar perkhabaran seorang pelakon dan penyanyi berusia 40-an bersama isterinya, antara yang didakwa menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham.

Pasangan ini dikatakan telah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disiasat selepas anak lelakinya sendiri membuat laporan.

Artis lelaki yang cukup sinonim dengan aksi meniru artis lagenda ini ditahan minggu lalu di ibu kota sementara kes ini disiasat.

Menurut laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu pelakon berkenaan jadi pengikut ajaran sesat itu bersama ahli keluarganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas mengikut seorang saudaranya yang menyebarkan ajaran itu.

“Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.

“Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam,” katanya.

Malah, ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di rumah artis tersebut, dokumen dipercayai ‘kitab’ ajaran Millah Abraham turut ditemui.

Kini, artis tersebut sedang menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu. - MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top