Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SABAH BERGEGAR!!! ADUN PKR LETAK JAWATAN, PRK?



Apa citer ni YB?
Pelbagai persoalan bermain di fikiran ketika ini. Sakit apakah yang dihidapi beliau sampai terpaksa meletak jawatan? Atau kerana desakan parti?


Persoalan kepada posting beliau di FB juga tidak berjawab. Malah orang di Inanam sendiri terkejut apabila Admin hubungi untuk mendapatkan kepastian.




Jadi, apa sebenarnya berlaku? Dan selagi YDP Speaker Dewan Rakyat belum menerima apa-apa surat perletakan jawatan, bermakna SPR tidak boleh mengumumkan apa-apa berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Dr Roland Chia daripada PKR meletak jawatan hari ini, mengumumkannya melalui pesanan di akaun Twitternya, menyatakan faktor kesihatan sebagai puncanya.

Pakar perubatan pergigian itu, menggunakan nama @RolandChiaMS, menulis tweet berterima kasih kepada kepimpinan parti dan pengundi di kawasannya kerana menyokongnya selama 17 bulan lepas.

Dalam reaksi segera, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Chia dipercayai berada di luar negara waktu ini dan parti sedang berusaha menghubunginya bagi memastikan kesahihan statusnya seperti yang turut ditulis di akaun Facebooknya.


ADUN Inanam Dari PKR Letak Jawatan

"Saya sudah berhubung dengan pimpinan PKR Sabah dan pegawai Chia dan mereka mengesahkan yang beliau memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

"Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengannya, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu muktamad atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.


ADUN Inanam Dari PKR Letak Jawatan

Dr Chia memenangi kerusi Inanam dalam pilihan raya negeri lalu dengan majoriti 3,202 undi melawan Datuk Eric Majimbun daripada SAPP dan Joseph Lantip daripada BN-PBS.

Beliau juga merupakan naib pengerusi PKR Sabah dan ahli majlis tertinggi parti.
Share this article

1 Komen:

  1. Kalau betul... memang PR pandai. Kasi panas balik isu politik dengan prk baru...

    Hasil kekayaan negeri punya le banyak... Mana pergi???

    Boleh ke PATi ? Boleh ke kroni ? Jalan tar pun tak cukup.... Malu weh...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top