Nuffnang

KAH..KAH..KAH... PAS VS DAP!!! Beraninya PAS Sound DAP!!!



Perang PAS dan DAP mengenai perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan terus menarik perhatian berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada Isnin yang mempersoalkan demokrasi yang diamalkan parti berteraskan masyarakat Cina itu.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS itu, Mahfuz menggesa DAP supaya menghormati sistem demokrasi negara dengan tidak menghalang kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud di negeri itu.

Menurut Mahfuz DAP tidak boleh menghalang PAS untuk melaksanakan amalan demokrasi kerana hukum Hudud juga merupakan pilihan rakyat.

“Jangan kita hanya pandai bercakap soal demokrasi, tetapi tidak mahu mematuhinya,” katanya.

Jelasnya, PAS juga akur sekiranya cadangan mereka untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan tidak mendapat sokongan majoriti kerana bagi PAS itu merupakan keputusan demokrasi.

“Soal hukum Hudud kita serahkan kepada kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat untuk berbincang, sekiranya keputusan itu memerlukan Dewan Rakyat membuat keputusan maka semua ahli parlimen bebas membuat penilaian,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menjelaskan, PAS juga tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana undang-undang tersebut telah termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan.

“PAS juga tidak akan membuat keputusan melalui pintu belakang, kerana PAS sentiasa menerima segala keputusan yang akan dibuat nanti.

“Hanya orang Islam di Kelantan sahaja yang akan dikenakan hukum Hudud, kalau orang Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur mereka tidak akan dikenakan hukum tersebut,” ujarnya.

Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggesa pakatan pembangkang supaya menjelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan Hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14.

Katanya, pakatan itu perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.

“Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang Hudud,” katanya.-15/12/2014 (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top