Nuffnang

"HOOLIGANS" Bola Sepak : Ini Tindakan @KhairyKJ @KBSMalaysia



Khairy Jamaluddin akan meminta polis membuat risikan awal bagi menghalang samseng bola sepak memasuki stadium pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini.





Khairy berkata ia bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti yang berlaku kepada penyokong Vietnam pada 7 Disember lalu di Stadium Shah Alam.


Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.



Beliau berkata 15 individu yang terbabit dengan insiden menyerang penyokong Vietnam, perlu dihalang oleh pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada memasuki stadium.




“Kawalan keselamatan diharap lebih ketat lagi. Tempat duduk penyokong Thailand tidak boleh diceroboh oleh penyokong negara ini,” katanya pada sidang media sempena Program ‘Hello YB!’ anjuran Barisan Nasional Youth Volunteer Kedah (BNYV) di Alor Setar, Ahad.


Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam serta seorang penyokong pasukan pelawat cedera dipukul.


Dalam perkembangan lain, Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih venue perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Thailand, Sabtu depan.


Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, petang ini.


Pagi tadi, Hamidin bersama pengurusan FAM serta Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad mengadakan tinjauan akhir sebelum sebarang keputusan berkenaan penggunaannya dimuktamadkan.


Kali terakhir padang Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak adalah ketika final Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) bertemu Pahang, 1 November lalu.
Share this article

1 Komen:

  1. IQ KJ:

    "Kita mahu pastikan HM menang 2-0"

    (semua orang tahu la main mesti nak menang..apa la woi)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top