Nuffnang

PIALA DUNIA : Brazil Dikecam Lagi Dengan Insiden Terbaru Ini!!!



Brazil sebagai penganjur piala dunia dikecam lagi dalam satu insiden terbaru. Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menghempap beberapa kenderaan di bandar raya Belo Horizonte di tenggara Brazil, awal pagi Jumaat. Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 22 lagi cedera parah dalam insiden itu. 

Imej yang disiarkan Globo TV menunjukkan bahagian depan sebuah bas berwarna kuning remuk selepas dihempap konkrit yang jatuh itu. Insiden itu berlaku kira-kira lima kilometer dari stadium yang menjadi venue kejohanan Piala Dunia 2014. Jejambat itu masih dalam pembinaan sebagai sebahagian pembangunan prasarana untuk kejohanan itu tetapi tergendala.




“Ia seperti gempa bumi. Tanah bergegar kuat. Saya dengar bunyi yang kuat. Saya nampak jejambat runtuh," kata salah seorang saksi, Daniel Magalhaes yang berada berhampiran tempat kejadian. Pegawai perubatan mengesahkan, dua orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera. 

Kejadian terbaru ini menjadi tamparan hebat kepada Brazil sebagai penganjur piala dunia, setelah sebelum ini dikecam kerana masalah mogok rakyat dan kecaman keselamatan sepanjang perlawanan berlangsung. -AP

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top