Nuffnang

PENIPUAN!!! JPM : FB Datin Maimunah Bantu Dapatkan Pekerjaan Tidak Benar!!!



Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan laman sosial Facebook menggunakan nama samaran Datin Maimunah yang mendakwa boleh membantu mendapatkan kerja dalam perkhidmatan kerajaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat JPM, orang ramai yang berminat bekerja dalam sektor awam hanya boleh mengemukakan permohonan hanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


"Sebarang pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam tidak menggunakan pihak ketiga mahupun mengenakan sebarang bayaran.

"Garis panduan permohonan pengisian kekosongan jawatan adalah berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2014 yang jelas menyatakan bahawa sebarang pengisian dalam perkhidmatan awam tidak menggunakan pihak ketiga mahupun mengenakan sebarang bayaran," jelas kenyataan itu.

Pemakluman itu dibuat berikutan aduan yang diterima JPM berkenaan penipuan yang dilakukan seorang individu melalui akaun Facebook yang didaftarkan atas nama 'Datin Maimunah', mengaku kononnya boleh membantu mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan.




Datin Maimunah turut mengaku bekerja di JPM dan boleh membantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM750 seorang, menurut JPM.

JPM berkata, laporan polis telah dibuat semalam bagi mengelak penipuan itu berterusan selain memastikan tiada individu yang boleh menyalahgunakan nama jabatan berkenaan untuk mengelirukan orang ramai.

Kata kenyataan itu lagi, orang ramai yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam boleh membuat permohonan kepada SPA secara dalam talian dengan melayari laman sesawang SPA di http://www.spa.gov.my.

Sehubungan itu, mereka dinasihat membuat urusan permohonan perjawatan dengan SPA secara terus.

Sebarang pertanyaan permohonan boleh dikemukakan kepada SPA di talian 03-80056000 atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi kementerian, jabatan atau agensi yang berkenaan di talian 03-80008000.

- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top