Nuffnang

Macam Mana Ni? Anak Pelakon Belajar Bible Dan Al-Qur'an!!




Pelakon dan Pengacara Popular Daphne Iking teruja melihat anak hasil perkahwinannya yang pertama Ryan, Isobel Daniella begitu cenderung untuk mempelajari agama islam walaupun usianya baru 6 tahun.



“Ramai yang bertanya, adakah anak pertamanya itu sudah memeluk islam atau belum? Namun disebabkan usianya masih kecil saya hanya berserah pada takdir agama apa yang anaknya mahu anuti di masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, Isobel dibesarkan di dalam rumah dengan cara hidup Islam tetapi apabila pulang ke kampung di Sabah neneknya akan bawanya ke kelas bible.

“Di rumah, saya mempunyai pembantu rumah yang pandai berbahasa arab dan sering mengajar mengaji Al Quran kepada Isobel dan dia juga pandai menulis jawi dan tulisannya amat cantik," ujarnya dengan rasa syukur.

Jelas Daphne lagi dia tidak memaksa untuk mendidik Isobel mengenai agama yang perlu dianuti dan percaya tunjuk ajar yang dipratikkannya seharian akan menarik minat Isobel.

“Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau di rumah, bila saya nak solat Isyak, saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.

"Satu lagi yang buat saya tersentuh, baru-baru ini Isobel beria-ria beritahu saya yang dia nak "duk". Mulanya saya tak faham apa yang dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yang dia sudah pandai berwuduk.

"Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solat dan pandai berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya.

Daphne juga mempunyai seorang lagi cahaya mata Iman Daniella, 2, hasil perkahwinannya yang kedua dengan seorang usahawan Azmi Abdul Rahman dan bernikah pada 8 Januari 2011 di Keningau Sabah.

SUMBER: Malaysia Gazzate

BB : Bukankah secara amalannya anak yang di bawah umur 18 tahun akan secara automatik mengikut agama penjaganya atau dalam kes ini agama ibunya? Mohon pencerahan....
Share this article

2 Komen:

  1. ini yang dikatakan liberal. liberal dalam apa sahaja termasuk juga dalam hal beragama. 'hebat sungguh' penangan liberal ni ye. sampai anak nak beragama apapun tak kisah asal masih dalam rupa bentuk orang. dunia akhir zaman dan dajal tunggu masa untuk keluar...

    BalasPadam
  2. Kan dia da ckp sana anak hasil dr perkahwinan pertama.. So means agama anak tu dlm surat beranak mmg ikut agama masa dia dengan suami pertama kan ? Dia kawin dengan suami kedua baru masuk islam.. Lg pun dia da ckp sana anak dia lebih cenderung utk belajar Islam..sma2 lah berdoa. Bukan sama2 menyumpah.. K..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top