Nuffnang

TERBAIKLAH!!! Tazkirah Ramadhan Ulama Muda Mesir Versi "KELATE"



Nama Ustaz Mat Mesir atau nama sebenarnya Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim bukan nama asing bagi rakyat Malaysia, khususnya yang pernah mengikuti pengajian di Timur Tengah.

Istimewanya Ustaz Mat Mesir ini, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan dapat bertutur dalam dialek Kelantan dengan fasih.


Difahamkan bahawa Ustaz Mat Mesir menguasai Bahasa Melayu hanya dalam tempoh selama 9 bulan sahaja ketika mula belajar kira-kira pada tahun 1993.

Yang peliknya, terdapat pula pihak di Malaysia yang berstatus warganegara Malaysia dan sudah tinggal di Malaysia selama berpuluh-puluh tahun tetapi tidak mampu untuk berbahasa Melayu seperti beliau.

Mengaku "rakyat Malaysia", tapi tergagap-gagap bila berbahasa rasmi negara meskipun di dalam Parlimen?

Ustaz Mat Mesir merupakan Anggota Majlis Fatwa Mesir yang termuda dan beliau sering dijemput oleh rakyat Malaysia, khususnya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed, untuk menjayakan program-program sempena Ramadhan seperti solat tarawih serta tazkirah khas di bulan Ramadhan.

Ikuti tazkirah menarik beliau di bawah. - KedahNews.com




  
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top