Nuffnang

GAMBAR : Pemimpin PKR Terlibat Gugur Kandungan Didedahkan?



DAP dan PKR sentiasa beretorik kononnya mereka adalah sebuah parti yang sangat kuat bekerja untuk rakyat. Kononnya juga mereka tidak rasis dan sentiasa memastikan keadilan ekonomi di kalangan rakyat. Malah DAP secara terbuka menyatakan, parti tersebut menggunapakai fahaman Sosialis dalam perjuangan mereka. Manakala PKR pula, tidak pernah dapat membezakan antara Sosialis dengan Idealisme.

Hakikatnya, amalan yang dibuat oleh para pemimpinnya bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan. Tidak ada kesamarataan yang diperjuangkan, sebaliknya para pemimpin DAP dan PKR sentiasa mencari jalan untuk menganiayai rakyat.


Ini terbukti menerusi gelagat seorang Ketua Cabang PKR di Miri yang juga merupakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo, menunjukkan parti yang disertainya tidak pernah berminat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya menjadikan rakyat sebagai umpan untuk mereka mengekalkan kuasa dan merampas pemerintahan negeri dalam kempen IMPIAN SARAWAK yang dilancarkan baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen.




Dr. Michael Teo masih tidak menerima sebarang tindakan undang-undang berhubung amalan menggugurkan bayi secara haram di kliniknya di Miri. Beberapa pendedahan sebelum ini telah dilakukan, tetapi sehingga kini, klinik miliknya itu cukup terkenal dengan operasi haram itu. 

Malah beberapa sumber memberitahu, cukup dengan hanya bermodalkan RM10,000 urusan jual beli anak di klinik itu juga boleh dilakukan. Semua dokumen senang diperolehi memandangkan klinik tersebut menyediakan surat yang 'mengesahkan' bahawa pembeli telah 'melahirkan' anak berkenaan. Dokumen itu juga boleh dibawa ke JPN untuk mendapatkan surat beranak. Bayaran lebih akan dikenakan untuk anak lelaki.

Itu satu hal. Antara masalah lain yang melanda Bandaraya Miri adalah SETINGGAN. Masalah ini tidak pernah cuba diselesaikan oleh Dr. Michael Teo Yu Keng walaupun dia diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen P.219 Miri.




Semasa berkempen dalam PRU-13 lalu, Michael Teo telah berjanji untuk menyediakan sejumlah 4000 buah rumah kepada penduduk setinggan sekiranya dia dipilih sebagai Ahli Parlimen. Namun setelah mandat diperolehi, Teo bukan sahaja gagal memenuhi janjinya, bahkan lebih banyak menghabiskan masa dengan hobinya iaitu GLIDING.

Selain itu, Teo bersama-sama Allan Ling Sie Kiong serta Fong Pau Teck, kedua-duanya dari DAP yang merupakan ADUN Piasau dan ADUN Pujut. Fong Pau Teck bagaimanapun, telah dipecat dari DAP pada November 2013 kerana mempersoalkan pemilihan parti atau lebih tepat lagi mempersoalkan kewibawaan Lim Guan Eng.

Allan Ling Sie Kiong lebih banyak menumpukan usaha meracuni pemikiran masyarakat luar bandar untuk bersama-sama DAP Sarawak dalam program IMPIAN SARAWAK dan tidak pernah peduli dengan permasalahan rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Piasau. Piasau juga berhadapan dengan masalah setinggan yang besar.




Menariknya, di sebalik pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Michael Teo dan kedua-dua ADUN Pembangkang itu, ketiga-tiga mereka bersatu hati untuk MENGACAU Parlimen P.220 BARAM yang diwakili oleh Anyie Ngau dari Barisan Nasional.

Sampai bila rakyat dan penduduk Sarawak perlu memberikan kepercayaan kepada golongan yang tidak pernah berniat hendak membela rakyat sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri?

Cukupkah dengan membenarkan pengguguran haram dan seorang wakil rakyat yang gila bermain GLIDING maka keperluan rakyat di Miri sudah terlaksana?

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top