Nuffnang

NUR RAMADHAN : Neelofa Ambil Keputusan Untuk Berhijab - TAHNIAH!!



Siapa tak kenal dengan aktres cantik Neelofa yang terkenal dengan imej seksi dan daring. Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Neelofa membuat perubahan baru dalam hidupnya apabila memilih untuk berhijab sepenuhnya.

Biarpun berita penghijrahan tersebut masih lagi belum ada pengesahan daripada empunya diri namun, ia telah dikongsikan sendiri oleh adik Neelofa melalui laman sosial Instagram yang gembira diatas perubahan kakaknya. 

"The beautiful month of ramadan has a lot in it. Especially if you allow yourself to be closer to Allah by doing more and more Ibadah everyday. For kak love though, ramadan this year has made her realize that covering her hair with hijab has brought peace and calmness to her, that she's decided to wear it forever starting this month. You are so beautiful no matter what. And yes, you are prettier this way. I love so much kak love. I'm sharing my joy for the decision you've made. Can't be more happier for you. I love you kakak. @noorneelofa "




Berita ini telah disahkan oleh pengurus Neelofa sendiri iaitu Shawn Amer yang memberitahu bahawa perubahan Neelofa berlaku secara perlahan-lahan apabila pelakon itu mula kerap memakai tudung sejak 3 bulan yang lalu. 




"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa). Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya,"  
"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini. 
"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya


Pelbagai reaksi positif dan sokongan diterimanya daripada keluarga dan rakan-rakan diatas penghijrahannya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top