Nuffnang

KONGSI KUASA : Beza PR Dengan BN!!



Ahli Parlimen Langkawe, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata konsep permuafakatan dan keikhlasan di dalam Barisan Nasional (BN) cukup terserlah dengan perlantikan terbaru anggota kabinet daripada MCA dan Gerakan.

Menurut beliau berbanding dengan pembangkang mereka hanya sekadar perkongsian di atas kertas dan masing-masing tidak berpaksikan kepada keikhlasan sepertimana contoh yang boleh dilihat di beberapa negeri yang diperintah oleh mereka.


“Cuba kita tengok di Pulau Pinang..Pas yang menang satu kerusi menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Salleh Man tidak dilantik ke jawatan Exco kerajaan negeri.

“Malah jika tidak silap semasa BN menerajui negeri itu sebelum ini, wakil MIC turut dilantik sebagai Exco walaupun MIC hanya menang satu kerusi ADUN.

“Begitu juga di Kelantan..rasa-rasanya terdapat juga ketidakpuasan hati antara rakan-rakan mereka. Itulah bezanya antara BN dengan pembangkang hari ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah keunikan formula pembahagian kuasa di dalam BN sebenarnya dicemburui oleh pihak lawan.

“Keunikan yang terjadi adalah bersandarkan kepada keikhlasan dalam memperjuangkan rakyat dan negara.

“Dalam keadaan serta suasana negara kita yang dibarisi daripada masyarakat pelbagai latar belakang, formula perkongsian kuasa BN yang diterjemahkan menerusi kabinet adalah tunjang kepada apa yang kita nikmati hari ini.

“Sebab itu saya melihat kemasukan semula wakil daripada MCA serta Gerakan akan menambahkan lagi keupayaan kerajaan untuk memacu negara dan sama-sama memelihara kepentingan serta kebajikan rakyat,” ujarnya. -MediaUMNO
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top