Nuffnang

PENGGANAS!!! : MAT SABU, MAHFUZ... Nak Kata Apa Dengan Anak Presiden Parti NI?



Apakah yang membezakan Zaharudin Muhammad dan Najib Razak ?

Secara mudahnya sudah pasti mereka tidak punya ikatan adik beradik selain daripada Najib Razak merupakan seorang Perdana Menteri Malaysia berbanding Zaharudin seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Perbezaan itu bagaimanapun tidak memisahkan mereka berdua untuk menyatakan sokongan terhadap gerakan militan di bumi Iraq yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Walaupun bentuk sokongan kedua-duanya sedikit berbeza tetapi banyak persoalan sebenarnya wujud kesan daripada kenyataan mereka.

Jika kenyataan Datuk Najib disalah ertikan sebagai kenyataan sokongan terhadap gerakan militan sehingga membangkitkan rasa gundah gulana Lim Guan Eng Baca Sini , Zaharudin pula secara terus-terang menyatakan sokongannya dengan kenyataan di laman facebook beliau.

Jika sebelum ini Lim Guan Eng mahu Najib mencontohi PAS yang dikatakan menolak sokongan terhadap militan di Iraq (ISIL), hari ini menantu Presiden PAS Haji Hadi Awang sendiri dilihat menyatakan sokongan terbukanya kepada kumpulan militan terbabit.

Malah beliau dilihat begitu gembira apabila kumpulan militan berkenaan berjaya merampas beberapa kawasan di Iraq.

Dalam desakan Guan Eng terhadap Datuk Najib sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya menarik semula seruannya kepada ahli UMNO yang telah diputarbelitkan oleh pembangkang. 

Menurut Guan Eng, penarikan itu penting memandangkan ISIL semakin mendapat perhatian apabila mengumumkan pelantikan ‘Khalifah Islam’ yang memiliki kuasa pentadbiran awam. "Penting untuk Perdana Menteri segera menarik balik seruannya bagi membuktikan beliau tidak setuju dengan taktik ganas dan militan selain menjaga kedudukannya selaku pemimpin sederhana," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng lagi, jika Najib enggan menarik kenyataannya, beliau akan dianggap secara tidak langsung menggalakkan keganasan dengan memuji kumpulan militan yang menggunakan kekerasan. Sementara itu, pada 26 Jun yang lalu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan penafian yang menyebut kenyataan Najib itu diambil di luar konteks dan bahawa beliau tidak bermaksud menyokong kumpulan itu.

Melihat kepada reaksi Guan Eng ternyata beliau benar-benar menolak sebarang usaha kekerasan seperti mana yang berlaku di bumi Iraq hari ini walaupun beliau adalah antara penyokong kuat gerakan BERSIH di Malaysia sehingga menimbulkan kekacauan.

Soalnya kini adakah Lim Guan Eng berani buka mulut dan mengecam pula menantu Hadi Awang ? Jika masih berdiam maka jelaslah Guan Eng sekadar cuba mengambil kesempatan politik tidak lebih dari itu. ~UtaraNews.com
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top