Nuffnang

HOT!!!! Pernikahan Ustaz "Artis" TIDAK SAH - Mahkamah



Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan. 

Hakim Syarie itu memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal. 



Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah. 

Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung.



Share this article

3 Komen:

  1. Masjid masjid kendalian PR atau PAS masih dok panggil Sham buat kuliah dan ceramah, terutama di Utara, seperti Penang...bab kahwin pun tak sah, macam mana nak berceramah mengenai taubat dan kembali ke jalan yang benar? Aku tertipu...

    BalasPadam
  2. Kalau dah perkahwinan tak sah,macam anak jadi sah?

    BalasPadam
  3. AllahAkhbar ustaz cari makan diri sendiri tak betoi macamana ?????????

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top