Nuffnang

Rombakan Kabinet : TERKINI!!! Najib Beri Bayangan Tugasan Terakhir Hishamuddin


Ada kalanya tidak payah panjang-panjang...sepatah perkataan pun sudah cukup.

Pada ketika semua orang bercakap mengenai teka teka bila agaknya rombakan kabinet,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa memberi bayangan yang mencuri perhatian.

Ini bila beliau sentuh tentang Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sejak kabinet selepas pilihanraya umum ke 13 memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Semua orang tahu lambat laun beliau terpaksa melepaskan jawatan itu.

Besar kemungkinan ia bakal disandang oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atau Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang sudha pasti akan masuk kabinet dalam rombakan kali ini.

Cuma bila?

Ketika dihujung ucapan beliau semasa merasmikan lapangan terbang baru KLIA2 di Sepang petang Selasa ada menyebut majlis ini mungkin yang terakhir bagi Hishamuddin sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

Hishamuddin hadir sama di majlis itu.

Beliau mengucapkan terima kasih atas khidmat Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan dalam portfolio pengangkutan itu khususnya dalam menangani insiden MH370.

Bagi para pemerhati politik kata-kata ringkas sudah cukup untuk dianggap sebagai bayangan besar kemungkinan rombakan kabinet sudah dekat.

Malah ada yang meramalkan bila-bila masa dalam minggu ini.-24/6/2014

Share this article

1 Komen:

  1. bila najib nak rombak dan apa yang nak dirombaknya sudah tidak menjadi hal. kalau setakat buat suspen tu yang najib suka, buatlah rombakan kabinet setiap enam bulan. selama ini pun, banyak tindakan yang dibuat seolah-olah tidak merujuk kepada kabinet pun. kebanyakannya hanya berasaskan cadangan konsultan yang dibayar berjuta hingga mencecah bilion wang negara. nak bina dinasti razak-hussein pun, ikut suka dialah sebab hak dia sebagai pm. kalau cina mca dan gerakan masuk kebainet pun, apa bezanya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top