Nuffnang

MH370 : "Kemungkinan Baru" Dalam Laporan Terkini Biro Keselamatan Australia


SEMUA penemuan itu menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat MH370 berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi. FOTO EPA


Sydney (Australia): Penumpang dan anak kapal MH370 yang masih dicari kemungkinan meninggal dunia sebelum pesawat yang terbang menggunakan autopilot berakhir di lautan, kata laporan terbaru daripada pihak berkuasa Australia.

Mengikut laporan 55 muka Lembaga Biro Keselamatan Australia (ATSB), penyiasat memperoleh keputusan berkenaan selepas melakukan perbandingan keadaan dalam pesawat dengan beberapa nahas sebelumnya, walaupun tiada bukti baru. 

Laporan itu menjuruskan tumpuan terhadap kemungkinan lokasi berakhirnya penerbangan pesawat berkenaan yang berdasarkan beberapa kemungkinan, termasuk mengambil kira tiada komunikasi.

Laluan penerbangan yang dilihat kekal dan beberapa faktor luar biasa turut diambil kira dalam merumuskan penemuan berkenaan.

“Tiada tindak balas daripada anak kapal atau hhypoxia event' diandaikan bukti terbaik sehingga membawa kepada rumusan berkenaan,” mengikut kata laporan ATSB.

Semua penemuan itu kemudiannya menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat berkenaan berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi berbanding andaian sebelum ini.

Pihak berkuasa Australia turut memberitahu, semua faktor itu membuatkan pencarian pesawat berkenaan dipindahkan ke kawasan jauh ke selatan berbanding sebelum ini.

Keputusan itu muncul selepas lebih 100 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) B777, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac lalu. - Reuters
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top