Nuffnang

SINIS!!! Selagi Ada Yang Kalah, Demokrasi Tidak Akan Diterima Sepenuhnya - TUN M



"Di negara maju dan demokratik, yang kalah terima kekalahan dan terima kedudukan sebagai pembangkang. Mereka menunggu pilihanraya akan datang untuk bertanding sekali lagi. Mereka mungkin berjaya, mungkin tidak tetapi keputusan pilihanraya dihormati,"


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi sukar dilaksanakan dengan jayanya selagi pihak yang kalah dalam pilihanraya tidak menerima kemenangan pihak lawan.

Menurutnya, kerajaan pilihan rakyat mestilah dihormati bukannya dijatuhkan.

"Negara Arab tidak pernah diperintah secara demokratik. Sistem mereka ialah raja atau pemimpin berkuasa penuh. Sebab itu sukar bagi mereka menerima hasil pilihanraya.

"Selagi mereka tidak sanggup kalah dalam pilihanraya, selama itulah demokrasi tidak akan berjaya di negara mereka. Jika negara Arab ingin menjadi demokratik, pilihan rakyat melalui undi mestilah dihormati," katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog Chedet, hari ini.

Jelasnya, demokrasi tidak mudah untuk diamalkan ekoran terlalu banyak syarat yang perlu dilaksanakan.




"Syarat terbesar ialah institusi pentadbiran yang ada mestilah terima pemerintahan parti yang menang. Sewaktu pilihanraya, anggota pemerintahan bebas mengundi sesiapa saja. Tapi setelah kerajaan didirikan, mereka hendaklah setia kepada kerajaan pilihan rakyat.

"Syarat ini dikenakan kepada pasukan polis dan tentera. Sebagai badan profesional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya.

Tegasnya, perebutan kuasa oleh pasukan bersenjata bukan sahaja menjadikan negara itu tidak demokratik malah tidak stabil.

Malah katanya, demonstrasi besar-besaran dan lain-lain tindakan ganas menghalang pemerintah sehingga akhirnya kerajaan jatuh akan sia-sia ekoran ia mengakibatkan ketidakstabilan negara dan ekonomi.


- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top