Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERITA BAIK!!! Penjawat Awam Kanan Diberikan Semula Keistimewaan!!!




Bermula 1 Julai ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan semula tiga daripada 11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor awam seperti diumumkan pada hujung tahun lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, tiga perkara tersebut melibatkan imbuhan tetap keraian, kemudahan bayaran tol dan kelayakan tiket penerbangan ekoran pindaan Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014.


Sehubungan itu, katanya, pegawai kanan kerajaan gred 54 ke atas akan menikmati semula imbuhan tetap keraian pada kadar asal tanpa sebarang pengurangan mulai bayaran emolumen pada bulan hadapan.

"Selain itu, mereka juga bakal menerima semula nilai maksimum bayaran tol sebanyak RM500 seperti ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2013.

"Berkenaan kelayakan tiket penerbangan, pegawai gred 53 sehingga Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) atau setaraf dengannya berkelayakan dinaik taraf ke kelas perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara dengan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah.

Pada 30 Disember 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari lalu.

Antara kesebelas langkah itu adalah pengurangan sebanyak lima peratus kos utiliti elektrik di kesemua agensi kerajaan dan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran sebarang acara rasmi kerajaan.

Ali menambah, pegawai gred 54 dan ke bawah layak mendapat kemudahan dinaik taraf kepada kelas perniagaan bagi penerbangan luar negara melebihi empat jam yang menggunakan perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Ujarnya, perkara itu mengikut harga yang ditawarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ketika menjelaskan pengumuman itu, beliau berkata, kerajaan mengkaji semula langkah berkenaan memandangkan ekonomi negara telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam tempoh suku pertama 2014 iaitu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus.

Katanya, perkembangan itu dijangka membolehkan ekonomi negara terus mencapai sasaran melebihi lima peratus bagi keseluruhan tahun ini selaras unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 5.2 peratus.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top