Nuffnang

Bukan Lagi Rahsia!!! Gerakan Tolak Khalid Sebagai MB Dah Terang!!




PAS mempunyai 15 kerusi di DUN Selangor, jumlah yang sama dengan DAP dan lebih banyak dari PKR yang hanya ada 14 kerusi. Sebab itu apa kata PAS, mahu tak mahu, PKR dan DAP kena ambik peduli.

Dalam krisis terbaru politik Selangor, nampak gayanya, gerakan untuk campakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan main-main lagi.


Ada pemimpin senior PAS, macam Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) yang jadi ‘tukang gendang’ dalam kempen terbaru buang Khalid Ibrahim ini.


Menurut Khalid Samad, barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.

Jelas beliau calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

“Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan PAS pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

“Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya.

Walaupun tidak disebut secara terbuka, namun kumpulan Anwarinas dalam PAS sudah pasti mahu Azmin Ali sebagai MB baru mereka, jika tidak Azmin pun barangkali ADUN Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dari PAS sendiri jika mahu dicalonkan sudah tentu Pengerusi PAS Selangor, ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad, layak untuk pertimbangan.

Iskandar sudah menjadi exco selama dua penggal dan merupakan seorang arkitek dari segi kelulusan.

Cuma dari DAP entah siapa, parti perkauman Cina itu hendak calonkan… mungkin mereka sendiri sedar, tidak ada calon sesuai dari kalangan ADUN-ADUN DAP untuk jawatan nombor satu itu.

Namun jika ada peralihan MB, mereka sudah pasti mahu jawatan-jawatan utama baik dalam pertadbiran negeri mahupun syarikat-syarikat kerajaan negeri dipertimbangankan sebelum sokongan diberikan pada mana-mana calon.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor mahu menggantikan Abdul Khalid.

“Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

“Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

“Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” katanya.

Bagaimanapun difahamkan, hasrat PAS Selangor itu tidak dipersetujui PAS pusat pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi dikatakan lebih cenderung kepada Abdul Khalid kekal sebagai MB Selangor.

Manakala pemimpin PAS yang buat bising dengan Abdul Khalid ini dipercayai dari kumpulan Anwarinas dari parti Islam tersebut.

Kumpulan Anwarinas merupakan terma merujuk kepada ahli PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dalam keputusan dan tindakan mereka.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top