Nuffnang

SEDIH : Kisah Terkini Adik Firdaus - Siapa Yang Benar?



Satu status Facebook dimuatnaik isteri salah seorang penguatkuasa Imigresen yang terlibat dalam operasi yang menemui adik Firdaus mendedahkan satu lagi fakta menyedihkan.


Mengikut status ini, adik Firdaus ditinggalkan seorang diri di rumah yang gelap dan kotor dengan jiran kiri kanannya terdiri daripada warga asing. Ibunya pula menyewa rumah lain yang terletak di kawasan sama tapi blok berlainan.

Jika perkara ini benar, tak dapat dibayangkan apakah sebenarnya yang berada dalam fikiran ibu adik Firdaus.

Apa pun bak komen Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, syukurlah kerana ALLAH telah menggerakkan hati pegawai Imigresen ke rumah yang menyimpan rahsia nasib adik Firdaus selama ini. Jika tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa tahu derita dijalani hidup yang dijalaninya seorang diri.

Dalam perkembangan terkini, Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
    
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
    
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
    
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
    
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin  RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
    
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
     
Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah
bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.
     
Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
     
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top