Nuffnang

HIDAYAH!!! Bekas Model Playboy Malaysia Bakal Peluk Islam!!!



Alhamdulillah..... Apa lagi yang mampu admin lafazkan selain dari memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana memberi Hidayah dan petunjuk kepada bekas model terkenal ini.

Model berbangsa Cina yang mengenakan imej berhijab, Flexia Yeap mengesahkan bakal memeluk Islam pada Julai ini. 


Bekas model majalah Playboy, Flexia memberitahu Harian Metro dia memilih Julai sempena hari lahirnya pada bulan itu serta mengambil keberkatan bulan Ramadan. 

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya. 

Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam - murai.com.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top