Nuffnang

LAHAD DATU : Mahkamah - Pengganas Cabar Sebelum Tembak!!



Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, kumpulan pengganas mencabar anggota pasukan keselamatan sebelum melepaskan tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac, tahun lalu. 

Pegawai Turus Risikan Pasukan Gerakan Khas (PGK) Komando 69, Superintendan Mancha Anak Laga, berkata jeritan tiger, berambus kau dari sini, ini tanah kami, ini bumi kami, dalam Bahasa Melayu itu disusuli tembakan oleh pengganas yang menyebabkan seorang anggota kumpulannya, Koperal Sabaruddin Daud, terkorban. 

Saksi ketiga pendakwaan itu, berkata ia berlaku ketika kumpulan diketuainya terserempak dengan sekumpulan pengganas jam 9.50 pagi, selepas hampir tiga jam membuat tinjauan rapat di kawasan berkenaan. 


Tinjauan rapat 

Pada 1 Mac 2013, saya bersama anggota kumpulan memulakan tinjauan rapat di Kampung Tanduo jam 7 pagi dan jam 9.50 pagi, dan kami terserempak seramai 35 hingga 40 orang penceroboh bersenjata berpakaian celoreng ala tentera dalam jarak kira-kira 30 meter. 

Penceroboh mencabar kumpulan saya dan menjerit tiger, berambus kau dari sini, ini tanah kami, ini bumi kami. Kira-kira tiga atau empat saat selepas jeritan itu, kami diserang bertalu-talu, katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed. 

Beliau berkata demikian pada perbicaraan 27 warga Filipina dan tiga rakyat tempatan yang menghadapi pelbagai dakwaan dalam aktiviti keganasan, termasuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas di Lahad Datu, awal Februari tahun lalu. 

Mancha berkata, akibat serangan itu, beliau dan anggota kumpulannya segera mencari perlindungan menyebabkan berlaku berbalas tembak kira-kira sejam. 


Terkena tembakan 

Sabaruddin terkorban akibat kecederaan di kepala selepas terkena tembakan pengganas, tetapi tiada anggota lain dalam kumpulannya cedera. 

Ketika pertempuran itu, katanya, beliau menerima maklumat melalui walkie-talkie mengenai kematian seorang anggota kumpulan lain, Inspektor Zulkiflili Mamat selain dua anggota parah iaitu Koperal Azman Ampong dan Koperal Tarmizi Hashim. 

Selain kumpulan diketuai Mancha, dua lagi kumpulan yang ditugaskan menjalankan tinjauan rapat sekitar Kampung Tanduo, turut bertempur dengan pengganas. 

Selepas pertempuran, beliau dan beberapa pegawai serta anggota dalam kumpulannya membuat pemeriksaan sekitar lokasi pertempuran dan menemui 12 mayat pengganas. 

Ketika pemeriksaan itu, kami menjumpai selaras raifal M16 dan Colt AR15 bersama dua kelopak mengandungi sejumlah peluru bersaiz 5.56 milimeter, katanya. 

Mereka juga juga menjumpai dua laras senjata api jenis Garrad bersama lapan kelopak yang mana tujuh daripadanya berisi peluru, manakala satu lagi kosong. 

Turut ditemui sepucuk revolver .38 berisi sejumlah peluru dan tiga pelancar grenad yang masih aktif. 

Mahkamah turut memintanya mengenal pasti senjata yang dijumpai ketika pertempuran itu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top