Nuffnang

Tun M!! Jangan Asyik Salahkan Orang, Anak Sendiri? Apa Kata Haron Din





Penulis amat mengagumi Tun, malah berterima kasih dengan segala jasa serta pengorbanan Tun sepanjang mentadbir negara. Bukan niat untuk bersikap kurang ajar atau sebagainya, namun dalam hal Marina ni, penulis rasa terkilan dan sedih yang amat-amat sangat. 

Betullah peribahasa mengatakan, "setandan pisang tak kan elok semuanya". Peribahasa melayu ini kaya dengan adat, tata susila, budi pekerti dan tahu menjaga ketimuran sebagai orang melayu..nak puji dengan cara tersendiri nak menyindir pun dengan cara yang tersendiri..takut ada sifat bongkak dalam diri dan takut ada yang berkecil hati sehingga merana badan.

Dalam Isu ini serta isu-isu lain yang diperjuangkan Marina (LGBT, Bersih dan lain-lain) terdetik di fikiran penulis apakah tindakan Tun M dan Tun Siti Hasmah ke atas anak perempuan mereka ini? Tun M yang kita kenali merupakan seorang yang lantang bukan sahaja dalam menegur dan memberi pandangan samada di peringkat negara atau pun antarabangsa. Tetapi dalam perihal yang berkaitan dengan tindakan Marina, penulis seperti TIDAK dapat melihat sama sekali sebarang tindakan atau pun kenyataan daripada Tun. Yalah, siapa lagi yang paling layak menegur dan "MEMPERBETULKAN" Marina kalau bukan ibu dan ayahnya sendiri...



Dengan jelas sekali tindakan di atas adalah satu bentuk provokasi terhadap umat Islam di Malaysia. Mahkamah sudah buat keputusan, Sultan Selangor sudah bertitah tentang isu ini pada 14 November 2013. Mengapa ada pihak yang mahu melangkaui undang undang dan perintah Sultan? 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysiakini sendiri sudah lupa apa yang mereka telah laporkan (rujuk sini). Sepatutnya portal tersebut tidak boleh terus mengapi ngapikan umat Islam di Malaysia dengan berita provokasi yang melampau seperti dalam berita di atas. 




PAS Selangor sendiri patut merasa malu kerana tidak berpihak kepada Islam dan berlandaskan apa yang sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa. Dulu ketika isu agama, PAS yang paling lantang tentang isu agama. Di mana mereka sekarang? Di mana Persatuan Mahasiswa Islam di universiti yang "garang" sangat tentang isu ini suatu ketika dahulu?

Mereka patut malu dengan Haron Din tentang isu ini. Dengar dan lihat sendiri apa yang Haron Din perkatakan tentang isu kalimah Allah ini. (SUMBER)




Share this article

2 Komen:

  1. Apa pasal Dr M kena bertanggung jawab atas perbuatan Marina? Bukan kan Marina ini di lantik oleh Ah Jib Gor sebagai WAKIL National Unity Council dan dia ADALAH spokeperson untuk kerajaan dalam isu perpaduan!!

    Alfie

    BalasPadam
  2. Mcm da x best je blog ni skng...huh.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top