Pemimpin berprofil tinggi kantoi MABUK ketika membuat keputusan "besar" di Putrajaya. Apa nak jadi la...
Majoriti Penduduk Putrajaya Adalah Penjawat Awam. Majoriti Penjawat Awam Adalah Melayu Dan Majoriti Melayu Adalah Beragama Islam. Jadi Di Mana Rasionalnya Tan Sri Aseh Oiii Nak Buka Hard Rock Cafe Di Putrajaya?
Kita tak halang Hard Rock Cafe dibuka tapi agak tidak sesuai di Putrajaya. Umum mengetahui Hard Rock Cafe adalah satu jenama yang besar di seluruh dunia namun imejnya yang lebih sinonim dengan kelab malam dan pusat hiburan tidak searus dan senada dengan kemegahan Putrajaya ini.
Sebaik pengumuman dibuat Oleh Presiden PPJ, bantahan rakyat yang sayangkan sejarah penubuhan Putrajaya atas dasar Pusat Pentadbiran Islam yang diasaskan oleh Tun M akan tercemar dek kerana imej yang dibawa yang sinonim dengan Kelab Malam dan pusat hiburan.
Sebuah laman facebook dibuka bagi menyatakan bantahan rakyat yang tidak bersetuju dengan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya. Kalau korang tak bersetuju, boleh join la..
Susulan laporan media mengenai pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya mendapat bantahan ramai pihak di laman media sosial. Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat mula mengubah nada mendakwa Tan Sri Yusof sekadar menyatakan minat untuk membuka HRC di Putrajaya melalui Facebook miliknya sekitar 8 jam yang lalu.
8 jam yang lalu bermakna Tan Sri Aseh sedar hasrat beliau dikecam pelbagai pihak menerusi media sosial :
Kenyataan Tan Sri Aseh di laman Facebook berbeza dengan apa yang dinyatakan kepada pihak media yang turut serta melawat ke tapak lokasi. Di mana media melaporkan HRC bakal dibuka dalam tempoh 3 atau 4 minggu bulan pertama tahun ini setelah dipersetujui oleh Tan Sri Syed Yusof.
Kalau Tan Sri Yusof sekadar menyatakan minat, tidak mungkin media melaporkan HRC Putrajaya bakal dibina setelah dipersetujui oleh Tan Sri Syed Yusof selaku pelabur syarikat itu?
Jika diteliti laporan media, ia menggambarkan Tan Sri Aseh sebenarnya yang mahu membuka HRC di Putrajaya sebab itu Tan Sri Yusof dan media dibawa melawat ke tapak lokasi yang dicadangkan.
Apa yang saya lihat sekarang adalah, Tan Sri Aseh cuba meredakan keadaan kerana hasrat beliau dibantah ramai pihak termasuk anak muda di Putrajaya.
Okep
BalasPadambelia kena sokong ni
benda baek mcm ni jarang dapat
hardrock tu beb...
bila dh buka jom layan