Nuffnang

KPN : Usaha Ceroboh Sabah Dipatahkan!!!



Kuala Lumpur, 10 Jan - Pasukan keselamatan negara mematahkan cubaan pihak asing menceroboh masuk perairan Sabah dua minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata ini hasil tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

"Walaupun kita tahu ada percubaan (menceroboh masuk) yang dilakukan pihak musuh dua minggu lepas, tapi Alhamdulillah kita berjaya mematahkannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Perairan Sabah sebelum ini menyaksikan peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari tahun lepas yang mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan, iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera. 

"Insiden di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah turut menjadi iktibar kepada pasukan keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone)," katanya. 

Khalid merujuk insiden yang berlaku 15 Nov lepas, yang mana seorang pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan di sebuah pusat peranginan di pulau itu. 

Rakan wanitanya yang berusia 58 tahun pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata sebelum diselamatkan pada 20 Dis lepas oleh pihak keselamatan Filipina. 

Dalam pada itu, Khalid berkata Operasi Gasak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), dengan penyertaan pasukan Operasi Cantas Khas PDRM, akan dipertingkat bagi menghadapi ancaman pencerobohan. 

Beliau berkata segala pemantauan dan kawalan keselamatan di Sabah akan terus dilapor kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memudahkan pelan tindakan dirangka bagi menangani kes tertentu. 

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top