Nuffnang

Mufti Vs Menteri: Saya Sokong MUFTI!!!! Allahu Akhbar!!!



Semalam, Mufti Perak, Harussani mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meletakkan jawatan sahaja sekiranya takut bertindak terhadap Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dan mereka yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Ini sudah mencabar mahkamah, bahkan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kenapa itu kita biarkan lagi. Saya tengok dalam televisyen malam tadi, menteri sendiri, Jamil Khir kata, jangan bising-bising, tunggu sahaja keputusan mahkamah.

Mahkamah sudah buat keputusan, jadi apa lagi hendak tunggu? Kalau sebegitu lemah hendak jadi seorang menteri, saya kata letak jawatanlah,"

- Harussani juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang Melayu yang menghadiri perhimpunan solidariti penganut Kristian di sebuah gereja di Klang baru-baru ini kerana tindakan mereka itu seolah-olah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.


Hari ini kita lihat apabila isu kalimah Allah ini timbul, Ada orang Melayu, pergi ke gereja di Klang, bawa bunga dan bersama-sama menyanyi. Jadi, orang Melayu menggalakkan benda itu dan sepatutnya orang itu ditangkap," katanya. - UTUSAN.

Mengambilkira pendirian tegas secara konsisten yang ditunjukkan Harussani dalam isu kalimah Allah ini, sewajarnya kita persoalkan dakwaan yang menuduh beliau sebagai ulama politik atau ulama kerajaan. (SUMBER)

Untuk  melihat Sejarah "Keengganan" Pihak Gereja Dan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkenaan penggunaan Kalimah Allah, KLIK SINI



Saya sokong ketegasan Tan Sri Harussani Zakaria dalam isu ini !

Share this article

5 Komen:

  1. Saya juga.Mana-mana menteri yang penakut ,khianat dan bodoh...berundurlah,ANDA ADALAH BEBAN!!!1

    BalasPadam
  2. Berani kerana benar. Islam didahulukan.

    BalasPadam
  3. mudah jika buat keputusan tanpa perlu pertimbangkan yg lain. harunsani bercakap atas kapasiti mufti. betul le cakap dia.
    tapi Jamil Khir tu menteri dijabatan perdana menteri. dia perlu mengambil kira pandangan perdana menteri. perdana menteri jugak perlu ambil pandangan ramai org. perlu pertimbangkan akibatnye untuk negara. harunsani jugak mengaku ada org melayu yg dok sama ngan kristian tu.
    Paderi Lawrence Andrew buat ape pun, org dok perati ape gomen buat. bukan hanye di malaysia, tapi seluruh dunia. tentu le najib ada think tank yg dok nasihatkan dia. think tank tu pun bukan boleh bagi keputusan tepat, hanya andaian yg terbaik.
    bagi harunsani dia cakap berkenaan agama yg mana telah ditetapkan, buat baik dapat pahle, masuk surga tak kira ramai sokong ke bantah ke. tuhan yg tetapkan. walau semua manusia sembah tuhan dia tak bertambah agung, kalu semua dok kufur, dia tak kurang ape pun.
    najib kena fikir semua sebab tesalah tindakan akibatnye mungkin buruk. jangan sebab menang battle kalah the war. sensitiviti agama ni, berapa ramai yg sokong, yg dok tak kisah, yg dok membantah.
    tu sebab org PR dok suka membuka issue seperti ini , dorang tau ape pun keputusan yg diambil, pasti ada yg sokong ada yg bantah, dorang yg untung. gomen dan umno yg diperatikan sedangkan dorang yg konon nye pejuang islam PAS sendiri tidak kedepan. PKR tu lain dorang tu islam liberal, pun ramai org melayu masih dok bersama dorang. LGE tu siap ada puak muslimah bagi alquran, konon jadi umar abd aziz. terhina islam sebab puak bodoh muslimah PAS tu.ni semua berlaku sebab PAS tu sesat dan menyesatkan. JIKA org melayu semua keluar dari PAS, keluar dar PKR yg sesat dan menyesatkan tu, Paderi Lawrence Andrew takkan beketik pun. jadi cuba le paham punca masalah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada benarnya ......PM prlu brhati2 dlm buat kputusan brkaitan dgn perkara agama ni.....silap2 hancur negara.

      Padam
  4. Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab dalam hal agama Jamil Khir Baharom seharusnya menunjukkan ketegasan dalam menangani gal tersebut.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top