Nuffnang

PANJANG UMUR : Pemandu Lotus Terselamat Nahas Jalan Raya!!!




MUAR - Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki Singapura terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Singapura menuju ke utara apabila terbabas ke kanan dan melanggar bukit di tepi lebuh raya.

Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.




Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.




Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.
Share this article

2 Komen:

  1. memandu di bumi Malaysia jangan nak berlagak...

    BalasPadam
  2. Sekali sekala nak juga rasa power kereta kat highway,bukan nak berlagak.Tak payah la nak kutuk pemandu Singapore,kita ni manusia kan?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top