Nuffnang

AHLI MAJLIS : "TAMPARAN" Nur Fitriah Buat Kerajaan Negeri P. Pinang!!




GEORGETOWN - Selepas berkhidmat enam bulan, bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Nur Fitriah Abdul Halim, 27, tidak mahu menyambung perkhidmatannya untuk penggal 2014-2015.

Beliau yang dilantik pada Julai tahun lalu membuat keputusan itu atas alasan peribadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menerima surat daripada Nur Fitriah mengenai hasratnya itu.

Bagaimanapun, Kon Yeow enggan mengulas lanjut mengenai alasan yang diberikan Nur Fitriah apabila disoal media mengenainya.

"Bukan soal prestasi tetapi kita menerima surat daripadanya ingin mengundur diri dan tidak berniat meneruskan perkhidmatan," katanya kepada media selepas majlis angkat sumpah dan upacara penerimaan jawatan ahli MPPP di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail.





Dalam majlis berkenaan, lima muka baharu dilantik untuk tempoh Januari hingga Disember 2014.

Mereka ialah Mohd Hariszuan Jaharudin, 27 dan Tan Hooi Peng, 24, dari DAP, A Kumaresan, 27, (PKR), Mohd Nasir Yahya, 60, (Pas) dan Eric Lim Seng Keat, 33 (NGO).

Pelantikan Nur Fitriah sebagai ahli majlis sebelum ini mencetuskan persoalan apabila dikatakan beliau dipilih tanpa melalui proses sepatutnya.

Beberapa pimpinan BN sebelum ini mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Sebelum ini,Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang terkejut dengan kenyataan Exco Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, dipilih untuk mengisi kuota Melayu dari parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.

Sementara itu, usaha menghubungi Nur Fitriah gagal apabila panggilan tidak dijawab.-SH


PASTI ADA SEBAB YANG MENDORONG NUR FITRIAH TIDAK BERMINAT MENYAMBUNG KONTRAK SEBAGAI AHLI MAJLIS WALAUPUN DIFAHAMKAN ELAUN BULANAN DIKATAKAN MENINGKAT SEBANYAK 130%!

KEMUNGKINAN FITRIAH TELAH SEDAR BAHAWA AHLI MAJLIS SEBENARNYA TIDAK DAPAT BERFUNGSI SECARA BEBAS KERANA SETIAP KEPUTUSAN PASTI ADA TANGAN GHAIB YANG MASUK CAMPUR IAITU REJIM DAP TERUTAMANYA HAL-HAL YANG MEMBABITKAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU DI BAHAGIAN PULAU.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top