Nuffnang

"BUBAR AJE MKPN TU" - Hassan Ali



KUALA LUMPUR 8 Jan - Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang berperanan untuk mencari penyelesaian bagi segala masalah yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum di negara ini gagal berfungsi dengan sebaiknya dan wajar dibubarkan.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, fungsi utama MKPN adalah merakamkan rasa kesal terhadap pendirian MKPN berhubung isu rampasan Bible yang sewajarnya mengambil ketetapan bagi mengukuhkan perpaduan ini

" Saya merakamkan kekesalan kami terhadap MKPN yang telah mengecam tindakan JAIS menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan berikutan dengan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban ," katanya dala satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JATI merasakan tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah wajar selaras dengan peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998 yang bertetapan dengan Pelembagaan Persekutuan.

Tambah Hasan Ali, pihak MKPN seharusnya terlebih dahulu meneliti fakta yang digariskan oleh di samping mendapatkan penjelasan mereka dalam peruntukan undang - undang berkaitan dengan tindakan yang lakukan oleh JAIS.

" Kami difahamkan bahawa MKPN tidak mendapat maklumat secara langsung daripada JAIS dengan tindakan mencela jabatan tersebut yang melakukan tanggungjawabnya amat tidak tepat pada tempatnya.

" Dari segi logiknya, JAIS tidak seharusnya menerima sebarang celaan kerana badan induk itu diamanahkan untuk menjaga martabat dan keagungan Islam malah celaan sharusnya dilontarkan kepada pihak gereja dan Paderi Lawrence Andrew yang menjadi dalang pada isu hangat diperkatakan. Secara terang-terang beliau telah menghasut ketegangan agama dan menghina keputusan Mahkamah Rayuan," katanya.

Beliau menegaskan, badan induk ini seharusnya beroperasi dan bertindak atas prinsip kebijaksanaan, keadilan dan berhemah tinggi dalam melakukan sesuatu tindakan dimana dapat dilihat ketika mereka gagal menghayati sifat matang , adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Sekiranya tindakan sulung dari majlis ini tidak dapat menyemai keyakinan rakyat terhadap kebolehan dan kemampuan maka kewujudan majlis itu dengan sendirinya sudah diwarnai dengan bibit-bibit hitam yang boleh menggugat kewibawaan mereka," katanya.

Pihak JATI berpendapat , sekiranya inilah cara mereka mengendalikan majlis konsultansi, maka dengan lebih baik ia dibubarkan sahaja demi menyelamatkan wang Negara dalaman rakyat yang sedang dibebani dengan kos hidup yang melampau.

Paderi Lawrence sebelum ini bertindak dengan membelakangi keputusan Makamah Rayuan dan titah KDYMM Sultan Selangor dengan meminta gereja-gereja katolik diseluruh negeri Selangor terus menggunakan kalimah Allah.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top