Nuffnang

NAIB PRESIDEN UMNO : Bekas Penyandang Umum Tanding Semula!!



Pelbagai nama dan desas-desus mengenai calon yang akan bertanding pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Baik bagi kerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Naib Presiden Mahupun Timbalan Presiden. Hanya kerusi Presiden setakat ini nampaknya "agak selamat" walaupun ada "angin sepoi-sepoi bahasa" untuk dicabar.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mengumumkan akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.

Menurut beliau, tiga kerusi itu terbuka kepada semua.

Katanya, tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding.

“Maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut,” katanya ketika berbual dengan kawan-kawan rapatnya selepas majlis berbuka puasa FELDA di Wisma FELDA malam tadi.




Beliau yang juga ahli parlimen Jempol pernah memenangi kerusi itu pada tahun 2004 selain dari bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau digantung keahliannya setelah mendapati terlibat dalam politik wang pada tahun 2005.

Pada tahun 2010, selepas menjalani hukuman digantung keahlian sebagai ahli Umno selama lima tahun, beliau dipilih sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang. Selepas memenangi pilihanraya itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi FELDA sehinggalah hari ini.




“Saya minta tolong kawan-kawan berkempen untuk saya,” katanya. Sehingga kini dua orang penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan. Manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishamuddin Hussein belum lagi berbuat demikian.


Selain dari Isa, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga. Beliau belum lagi mengesahkan sama ada mahu bertanding atau tidak.

Khabarnya juga, Tan Sri Ali Rustam serta Dato Seri Musa Aman (Ketua Menteri Melaka) telah membuat pengumuman dalam satu majlis di Kota Kinabalu untuk turut bertanding jawatan Naib Presiden ini.

Meriah...Meriah!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top