Nuffnang

TUN M : Ini Nasihat Atau Tempelak Buat DS Najib?



Akhirnya Tun M bersuara juga. Saya secara peribadi amat yakin Tun M tidak mungkin berdiam diri dan menjadi penonton sahaja terhadap pelbagai ancaman yang sedang berlaku terhadap masa depan agama, bangsa dan negara disebabkan kelemahan kepimpinan negara.


Tun M juga pasti mahu membuktikan kritikan beliau tidak bersifat pilih-kasih. Adalah tidak adil dan adalah bukan Tun M namanya, jika beliau hanya mengkritik Pak Lah habis-habisan apabila melihat terdapat kelemahan yang telah menimbulkan ancaman terhadap alif ba ta, tetapi berdiam diri apabila DS Najib juga turut membuat, mengulangi serta menambah lagi tahap ancaman yang berlaku terhadap ali ba ta di bawah kepimpinannya.

Akhirnya, Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO melepaskan juga kritikan dan ingatan kerasnya terhadap PM, DS Najib dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet pada 26/7/2013 yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dari apa yang diluahkannya secara tertutup, jelas Tun M semakin bimbang dengan "salah kepimpinan" dan "salah penekanan" serta "salah keutamaan" yang sedang dilakukan oleh DS Najib dalam melakukan usaha menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti dan kerajaan yang telah menjadi lemah.

Paling mengecewakan, sokongan yang diperolehi DS Najib, malah lebih terok dari apa yang diperolehi oleh Pak Lah.

Ironinya, fakta, alasan dan kritikan yang diluahkan oleh Tun M adalah sama sepertimana luahan rakyat di peringkat akar umbi.

Terlalu melayan karenah pembangkang, terlalu memberi muka kepada cinabeng dengan reward berbentuk kewangan, masalah punahsihat, masalah jenama 1Msia yang berbeza-beza tafsiran mengikut kepentingan kaum, pemuda UMNO yang sudah hilang idealisma perjuangan dan ahli serta pemimpin UMNO yang sudah tiada kualiti hingga untuk mencari calon menteri yang ada merit pun sudah payah.

Itu antara fakta dan rumusan yang dibuat oleh Tun M. Tidakkah ini juga yang sekian lama menjadi pertikaian rakyat bawahan dan NGO-NGO melayu?

Sehingga kini belum satu pun kebimbangan-kebimbangan ini kelihatan didengar oleh DS Najib. Beliau masih yakin dengan cara dan pendekatannya yang sudah terbukti ditolak oleh rakyat pada PRU13 yang lalu.

Apakah luahan awal secara tertutup yang dilakukan oleh Tun M ini akan kedengaran semakin keras dan terbuka? 

Sama-sama kita tunggu.

- SUMBER

BB : Secara peribadi BB setuju dengan teguran ini. Ya la, ibarat ayah yang menegur anaknya walau kadangkala si anak tidak menerimanya. Salahkah si ayah untuk menegur anaknya? Tidak bukan? Tidak kurang juga di luar sana yang mengecam tindakan Tun M ini dengan alasan zaman Tun telah berakhir. Benarkah sudah berakhir?

Sebagai seorang negarawan ulung negara, pandangan dan teguran daripada Tun tidak boleh dipandang sepi. Pengalaman Tun selama 22 tahun bukannya sedikit. Dan Tun jenis yang tidak berputus asa.

Lihatlah berapa ramai pemimpin dunia yang mengkagumi dan mencemburui Tun. Yang berdendam apatah lagi. Namun, Tun tetap ampuh mentadbir Malaysia ke tahap hari ini.

Dengan "mood" pemilihan Agong Umno semakin hampir, ada desas-desus mengatakan Tun mula mencetuskan gelombang untuk menaikkan TS Muhyiddin. Adakah ini benar? Atau cuma "game" yang diatur oleh "cauvanisme" dalam menganggu gugat kesetiaan Muhyiddin kepada Najib.

Kita jangan lupa, peranan seorang lagi mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi. Adakah Tun Abdullah betul-betul tidak terlibat lagi dalam percaturan pemilihan kali ini? Walaupun kesihatan beliau kurang baik sejak akhir-akhir ini, namun jangan dipandang sepi peranan yang boleh dimainkannya.

BB tak nak mengolah senario ini dengan lebih mendalam, namun bagi yang mengerti, pasti akan memahami apa yang cuba disampaikan.

Oleh Melayu, Untuk Melayu, Demimu Melayu!!!

Salam Perjuangan!!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top