Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mengatakan bahawa pergerakan itu memerlukan ketua yang baru kerana Khairy gagal menarik golongan muda mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum lalu.
“Saya tak nak cakap panjang. Saya nak suruh dia dengar lagu Ronan Keating berjudul “When you say nothing at all”, katanya kepada FMT di majlis berbuka puasa anjuran pergerakan pemuda Umno di Masjid Assyakirin, KLCC petang semalam.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu Dr Khir hayati liriknya, “You say it best, when you say nothing at all”.
Dua hari lepas Dr. Khir yang kalah kepada Khairy pada pemilihan ketua pemuda pada tahun 2009 berpendapat Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukannya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.
Sehingga hari ini, Khairy belum mengesahkan lagi sama ada akan mempertahankan jawatan ketua pemuda yang akan dipertandingkan pada 28 September ini.
- SUMBER
Sejak bila Khairy menjadi antara orang terakhir menyatakan pendirian? Setahu BB, biasanya Khairylah individu pertama yang akan menyatakan pendirian secara terbuka, tegas dan lantang. Cara anak muda katakan.... Tapi bab Pemilihan Agung Umno kali ini, masih TIDAK menyatakan pendirian. AIH!! APO KONO EH YB?
Selepas TS Muhyiddin menyatakan pendirian untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO, rasanya Khairy dan Hishamudin selain DS Najib sahaja lagi yang belum tetapkan pendirian secara terbuka khususnya di peringkat Jawatan Tertinggi PARTI.
Adakah ini satu petanda yang membolehkan kita memanggil mereka sebagai "TEAM" Najib???
Tunggu KUPASAN BB seterusnya.....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....