Nak Gelak Ke Nak Bersedih?
Acapkali kepimpinan DAP cuba menutup skandal pemilihan CEC yang menjadi lawak jenaka rakyat Malaysia dan memalukan seluruh kepimpinan mereka khususnya di kalangan veteran DAP.
Pelbagai helah yang mereka gunakan konon ianya 'bermotifkan politik' atau 'konspirasi BN' dan sebagainya. Tetapi tindakan mereka tidak dapat mengaburi rakyat yang faham bahawa isu ROS ini dilaporkan sendiri oleh ahli-ahli DAP.
Dan helah penipuan DAP itu tidak menjadi apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertindak terhadap parti itu.
DAP akhirnya menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu namun sebabnya tidak dinyatakan, kata setiausaha penganjurnya.
Anthony Loke berkata, surat itu diserahkan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam.
Menurut Loke (kanan), ia ditandatangani Penolong Pengarah Kanan ROS Desmond Das. Disarankan kepada kepimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera. Anda telah memalukan seluruh ahli dan penyokong DAP.
Di manakah kredibiliti Lim Guan Eng DAP selepas ini untuk mengkritik UMNO/BN sedangkan parti di bawah pengurusan beliau sendiri begitu teruk dan amat memalukan sekali ?
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....