Carta Lama Dah Tak Boleh Pakai - Bila Ntah Nak Update!!!
Rakyat Telah Bersuara!! Melayu Turut Bersuara!! Apa Lagi Yang UMNO Selangor Firkirkan? Perubahan secara total perlu dilakukan di Selangor ketika ini. Kita perlukan Ketua Bahagian - Ketua Bahagian yang baru termasuklah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor yang baru. Tahniah Kepada Dato' Seri Noh Omar yang baru sahaja diumumkan oleh DS Najib untuk memimpin UMNO Selangor.
Apa pun keadaannya, mungkin apa yang dipaparkan di sini tidak akan menyenangkan hati sesetengah pihak, tetapi penulis melihat dari sudut pandangan seorang rakyat. Oleh itu buatlah keputusan yang bijak demi parti, agama, bangsa dan negara, jangan lepas peluang keemasan ini bagi memilih barisan kepimpinan yang benar-benar layak dan paling penting diterima oleh rakyat.
Kepimpinan UMNO di Selangor mesti diubah. Itu sahaja harapan yang tinggal untuk memikat semula hati rakyat bagi memenangi semula negeri Selangor dalam PRU-14.
Justeru menjadi tanggungjawab perwakilan di UMNO bahagian supaya berfikir panjang dan beri peluang kepada muka-muka baru dalam pemilihan di peringkat bahagian akan datang.
Kepada perwakilan, formulanya mudah. Ketua-ketua UMNO bahagian yang parlimen-nya tewas pada PRU-13 wajar berundur dan janganlah menawarkan diri lagi dalam pemilihan kali ini.
Bagi ketua bahagian yang tewas semua kerusi di parlimen dan Dun pula, sewajarnya turut angkat kaki dan berundur. Mereka ini patut berasa malu dengan kegagalan mereka dan menyedari isyarat bahawa rakyat sudah muak dan menolak kepimpinan mereka.
Penulis angkat topi kepada Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor yang telah menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang sedang disandangnya.
Tabik spring Dato'! Banyak Ketua Bahagian takde telor, tak macam Dato'.
Bushro sedar di atas kegagalannya menerajui bahagian. Maka UMNO Bahagian Subang memerlukan muka baru yang boleh memberi kemenangan kepada parti, negeri dan parlimen.
Jadi jawatan itu janganlah pula diisi oleh mereka yang tidak berwibawa pula. Contoh seperti di Subang, jawatan ketua bahagian jangan pula diganti oleh Dato' Zein Isma yang tidak relevan lagi sebagai pemimpin di situ. Beliau juga tidak berupaya menarik minat pengundi di parlimen Subang. Semua mengakui hakikat itu.
Dato' Zein Isma bin Ismail bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Subang. "Wahai Dato' Zein, sudah tiba masanya kamu pun berundur" - ahli akar umbi.
Justeru bukanlah sesuatu yang luar biasa, jika pemimpin muda turut menjadi pertimbangan perwakilan. Peralihan kuasa di bahagian-bahagian di Selangor adalah perlu demi mengimbangi kelahiran pemimpin-pemimpin baru di dalam UMNO. Supaya tiada lagi isu ketandusan pemimpin di Selangor.
Perwakilan yang sayangkan parti dan mahukan parti menang pada PRU-14, mesti gunakan kuasa dan undi mereka untuk keluarkan pemimpin yang tidak lagi boleh bawa kemenangan kepada parti di DUN dan Parlimen.
Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-
1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)
2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)
3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)
4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)
5. Pandan (kalah 4-0)
6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)
7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)
8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)
9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS
10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)
11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)
12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.
13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)
14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)
15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)
16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)
17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)
Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13
1. Sabak Bernam (menang 2-1)
2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)
3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)
4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 3-1)
5. Sungai Besar (menang 2-1)
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....