Nuffnang

RCI : Anwar Bakal Beri Keterangan!!



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan awal kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Mengesahkan demikian, Anwar berkata beliau sedia bekerjasama sepenuhnya kepada panel RCI demi kebaikan dan kepentingan semua.

“Sebelum ini, saya telah menawarkan diri untuk memberi keterangan kepada panel RCI, dan saya dijadual memberi keterangan awal di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

“Selepas itu, mereka akan menentukan tarikh untuk saya memberi keterangan penuh di prosiding RCI (di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu).

“Keterangan saya hanya berkisar tentang apa yang saya tahu dan apa yang saya tidak tahu (mengenai isu pendatang tanpa izin di Sabah) semasa saya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua atau pemimpin cabang PKR Sabah dan seterusnya berbuka puasa di sini, Khamis.

Sebelum ini, prosiding RCI didengar oleh panel lima anggota diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar Sabah.

Mengenai barisan kepimpinan PKR Sabah, Anwar berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat majlis tertinggi parti bulan depan.

Jawatan Pengerusi perhubungan PKR Sabah sekarang disandang Tamrin Jaini.

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top