Nuffnang

LAHAD DATU : 2 Saudara Mangsa Culik Pengganas Dipercayai Masih Hidup!!






Gambar mangsa culik kumpulan bersenjata Filipina pada November tahun lalu.



Gambar dua lelaki bersaudara yang diculik oleh kumpulan bersenjata Filipina di Lahad Datu pada November lalu muncul sekaligus menguatkan harapan bahawa mereka masih lagi hidup.

Sekeping gambar Chong Wei Fei, 33, seorang pengurus ladang dan Chong Wei Jie, 25, pembantu pengurus, dihantar oleh seorang kenalan kepada The Star Online menerusi e-mel pada Khamis.

Dalam gambar tersebut, kedua-dua mereka memegang papan tanda bertarikh '7 Mac 2013' manakala penculik terbabit menghalakan senjata ke arah mereka.

"Kedua-dua tebusan itu bertanya mengapa tiada siapa tampil untuk menyelamatkan mereka. Mereka menghidap diabetis dan darah tinggi," kata seorang sumber di selatan Filipina.

Sumber yang berusaha menguruskan pembebasan dua lelaki bersaudara itu mengesahkan gambar itu adalah mereka.

Menurut sumber, kedua-dua tebusan itu sentiasa berpindah dari satu tempat persembunyian ke tempat lain di kepulauan Jolo, selatan Filipina sejak diculik dari sebuah ladang kelapa sawit dekat Lahad Datu di pantai timur Sabah lebih lapan bulan lalu.

Dalam kejadian penculikan terancang pada 13 November tahun lalu, lima lelaki berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan dua pucuk senapang M-16 menculik Wei Fei dan Wei Jie ketika mereka dan beberapa pekerja lain sedang memeriksa rumah sarang burung di ladang kelapa sawit dekat Kampung Manakayan.

Kesemua mereka diarahkan untuk menyerahkan telefon bimbit dan barang berharga selain turut diminta meninggalkan kawasan itu.

Kumpulan tersebut mengiring Wei Fei dan Wei Jie serta dua yang lain termasuk seorang pekerja kira-kira 2km ke arah pantai di mana sebuah bot sedang menunggu.

Kumpulan tersebut turut memutuskan untuk membawa Wei Fei dan Wei Jie bersama dan berlepas menghala ke Laut Sulawesi.

Kumpulan tersebut dilaporkan memberitahu dua yang lain 'ada wang tiada masalah' untuk membebaskan Wei Fei dan Wei Jie.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis yakin kedua-dua tebusan itu masih hidup dan mahu berhubung semula dengan kumpulan terbabit selepas rundingan tersebut terganggu akibat pencerobohan tentera Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat 17, Februari lalu.

Beliau menegaskan berhubung semula dengan kumpulan penculik itu amat penting dan sedia menunggu mereka untuk membuat beberapa permintaan tidak lama lagi.

Difahamkan kumpulan tersebut bersetuju dengan beberapa jumlah sebagai wang tebus tetapi rundingan itu terganggu akibat pencerobohan tentera Sulu di mana pasukan keselamatan negara melancarkan Ops Daulat untuk menamatkan keganasan di Kampung Tanduo.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top