Nuffnang

PETISYEN PRU : PAS BUAT LAPORAN POLIS BESAR-BESARAN!!




KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) pada Rabu mengumumkan akan membuat laporan polis besar-besaran di seluruh negara berikutan tindakan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang dikemukakan parti itu.


Menurut Pengerusi Lajnah Undang-undang Pas Mohamed Hanipa Maidin, laporan itu akan dilakukan secepat mungkin khususnya di 16 tempat di mana petisyen-petisyen dikemukakan.

Parti itu juga akan menghantar satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berkaitan kedudukan Pengerusi SPR dan mencadangkan agar perlantikannya dikaji balik.

Hanipa memaklumkan, penyerahan memorandum itu akan dibincangkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam pada itu menyuarakan kekesalan dengan tindakan oleh mahkamah yang telah menolak 11 dari 16 petisyen yang dikemukakan.

“Pengendalian kes pilihan raya tahun ini nampak begitu luar biasa.. macam ada pengarahan tertentu untuk selesaikan kes ini tanpa dibicarakan. Dan kos yang dituntut oleh mahkamah amat luar biasa yang berlaku samada petisyen yang dibuat oleh Pas, Keadilan atau rakan-rakan Pakatan Rakyat.” kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat pada Rabu.

Katanya, tindakan itu telah membelakangkan proses demokrasi sambil menyifatkannya seolah-olah arahan tersebut ‘datang dari pihak tertentu’.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pula berkata beliau amat bimbang keadaan ini akan membuka ruang rasa kecewa oleh rakyat.

Menurutnya, jika rakyat tidak mendapat keadilan yang mereka mahukan, mereka akan terus mencari demokrasi dengan cara lain.

"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluran mereka sendiri," kata Salahuddin.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan agar jangan salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negatif terhadap kredibiliti mahkamah berikutan tindakan mereka itu.

Beliau menyatakan rasa ‘pelik’ dengan cara pengendalian kes-kes tersebut kerana dakwanya terdapat kes di mana peguam tidak dibenarkan bercakap.

Semalam, Mahkamah Pilihan Raya telah menolak petisyen difailkan Pas bagi membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Dun Manong dan Pasir Panjang yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memberitahu petisyen itu ditolak kerana kesemua pempetisyen gagal mematuhi Kaedah 9 dan Kaedah 34 yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.


Share this article

2 Komen:

  1. Sebenarnya si bapak Syiah ni meroyan kepanasan sebab ajaran Syiah mula mendapat tentangan dari masyarakat Islam. Dia amat bengang kerana kalah di parlimen Pendang dan amat lagi bengang ketua Syiah Pendang kena ancaman bunuh.

    Mat Sabu dah mula nak tunjuk garang almaklumlah kalau salah percaturan boleh terlepas jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar PAS November ni.

    Hanipa Maiden lu kalah lagi dalam mahkamah...gua tak heran sebab tu lu meroyan duit habis. Lu punya client mana ada duit nak bayar kos mahkamah dan kos guaman lu...

    BalasPadam
  2. Ayam skit jiwa la 2......skit lgi dok merapu tepi jlan la!!!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top