CEDERA!! Pelakon Tertikam Tangan Sendiri!!
Keadaan tangan kanan Shukri yang cedera. - Foto Media Hiburan
PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.
Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.
Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.
"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.
Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.
Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.
Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



wanita maut ditikam suami di leher

zafrul as bam president filling big shoes or a ris...

hiburan mangsa terjejas akibat kebakaran di putra ...

monoloque rindu dendam hari raya chord

what we know so far about the putra heights infern...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Hebat blog ni...mohon pautkan blog subangsiber sama dalam blog tuan..blog tuan SS dah pautkan dalam blog ss.. http://subangsiber.blogspot.com
BalasPadam